Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Semua yang Anda Perlu Tahu untuk Mencegah Kanser Paru-Paru

Tahukah anda bahawa kanser paru-paru adalah salah satu kanser paling lazim yang melibatkan lelaki di Malaysia? Menurut statistik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ia juga merupakan salah satu kanser utama yang menyebabkan kematian di kalangan lelaki Malaysia pada tahun 2022.

Kanser paru-paru adalah satu pertumbuhan sel tidak terkawal yang bermula di paru-paru dan boleh merebak ke bahagian badan lain seperti kelenjar limfa, organ, dan bahkan otak anda.

Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran, bulan November telah ditetapkan sebagai Bulan Kesedaran Kanser Paru-paru, dan tidak seperti kanser payudara yang menggunakan Reben Merah Jambu, kanser paru-paru menggunakan Reben Putih. Kesedaran adalah sangat penting kerana kira-kira 95% pesakit di Malaysia menerima diagnosis kanser paru-paru mereka terlalu lewat, selalunya apabila ia telah mencapai tahap tiga atau tahap empat, yang menjadikan rawatan lebih mencabar, mahal, dan kurang berkesan.

Selain kesedaran, mengenal pasti faktor risiko juga penting. Mari kita ketahui bagaimana anda boleh mengurangkan risiko anda untuk menghidap kanser paru-paru:

Apakah Faktor Risiko Kanser Paru-paru?

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa beberapa faktor risiko ini mungkin meningkatkan peluang anda untuk menghidap kanser paru-paru:

  • Merokok: Merokok adalah faktor risiko utama untuk kanser paru-paru. Perokok adalah 15 hingga 30 kali lebih berkemungkinan untuk menghidap atau mati akibat kanser paru-paru berbanding bukan perokok. Risiko anda untuk mendapat kanser paru-paru adalah lebih tinggi walaupun anda merokok beberapa batang sehari atau jika anda adalah perokok secara jarang atau sekadar bersosial. Risiko individu yang berhenti merokok menghidap kanser paru-paru adalah lebih rendah berbanding jika mereka terus merokok, tetapi risiko mendapat kanser paru-paru masih lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah merokok sebelum ini. Merokok juga boleh menyebabkan kanser merebak ke hampir mana-mana bahagian badan dan mungkin menyebabkan leukemia myeloid akut.

  • Asap rokok sekunder: Jika anda bukan perokok tetapi kerap terdedah kepada asap rokok sekunder, anda juga berisiko untuk menghidap kanser paru-paru. Risiko orang dewasa tidak merokok yang terdedah kepada asap rokok sekunder untuk mendapat kanser paru-paru meningkat sebanyak 20-30%, kerana mereka menyedut banyak bahan penyebab kanser dan racun yang sama seperti yang terdedah kepada perokok. Apa yang mungkin mengejutkan anda adalah bahawa pendedahan tidak sengaja kepada asap rokok sekunder boleh merosakkan sel badan anda dalam cara yang memulakan perkembangan kanser. Seperti merokok, pendedahan berpanjangan kepada asap rokok sekunder menyebabkan anda lebih cenderung kepada kanser paru-paru.

  • Sejarah peribadi atau keluarga menghidap kanser paru-paru: Jika anda adalah seorang yang pernah menghidap kanser paru-paru yang kembali merokok, terdapat risiko pengulangan. Risiko menghidap kanser paru-paru juga mungkin meningkat jika ibu bapa, adik-beradik, atau anak anda pernah menghidap kanser paru-paru kerana terdapat elemen genetik yang terlibat.

  • Radioterapi dada: Pesakit kanser yang pernah menjalani rawatan ini juga berisiko lebih tinggi untuk menghidap penyakit ini.

  • Diet: Penyelidik sedang mengkaji makanan dan suplemen pemakanan yang berpotensi berkaitan dengan risiko kanser paru-paru. Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu kita ketahui. Satu penemuan adalah bahawa perokok yang mengambil suplemen beta-karoten kelihatan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser paru-paru. Jika anda adalah salah seorang individu ini, sila cakna dan ambil perhatian.

  • Persekitaran: Pencemaran udara dan bahaya di tempat kerja seperti pendedahan kepada bahan kimia atau asbestos juga dikaitkan dengan risiko kanser paru-paru. Jika persekitaran sedemikian tidak dapat dielakkan, ambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan.

Bagaimana Saya Boleh Mencegah Diri Saya Dari Menghidap Kanser Paru-paru?

Anda boleh mengurangkan risiko menghidap kanser paru-paru dengan beberapa perubahan gaya hidup. Hasil dari perubahan gaya hidup ini tidak hanya mengurangkan risiko kanser anda, tetapi juga memberikan hasil positif terhadap kesihatan keseluruhan anda.

  • Berhenti merokok: Merokok membunuh anda secara perlahan, dan jika anda merokok, berhenti adalah cara terbaik untuk mencegah diri anda daripada menghidap kanser paru-paru dan masalah kesihatan lain. Setiap daripada jumlah tahun anda tidak merokok boleh mengurangkan risiko anda untuk menghidap kanser paru-paru dan penyakit serius. Selepas menghindari amalan merokok selama 12 tahun, kemungkinan untuk mendapat kanser paru-paru menurun kepada lebih separuh daripada perokok aktif. Selepas berhenti merokok selama 15 tahun, kemungkinan anda untuk mendapat kanser paru-paru adalah kira-kira sama seperti bukan perokok. Jadi, berhentilah segera.

  • Diet seimbang: Menurut penyelidikan, memakan makanan rendah lemak, tinggi serat, yang merangkumi sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran segar bersama banyak bijirin penuh setiap hari, boleh mengurangkan risiko anda untuk menghidap kanser paru-paru, serta pelbagai jenis kanser dan penyakit jantung juga.

  • Lakukan senaman: Senaman berkala telah menunjukkan beberapa bukti yang mungkin mengurangkan risiko menghidap kanser paru-paru, terutamanya dalam kalangan perokok aktif atau bekas perokok. Selain itu, melibatkan diri dalam senaman fizikal boleh membantu mengurangkan gejala seperti keletihan, kebimbangan, dan kemurungan. Kebanyakan orang dewasa disyorkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti aerobik intensiti sederhana sekurang-kurangnya 2 jam dan 30 minit setiap minggu. Masukkan sekali senaman kekuatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk faedah tambahan.

Walaupun pelbagai faktor risiko yang menyebabkan kanser paru-paru, merokok masih menjadi faktor risiko utama yang menyebabkan penyakit ini. Jika anda seorang perokok, mungkin ini adalah masa yang sesuai untuk membuang jauh rokok yang sedang dipegang itu. Memang sukar untuk berhenti dalam ketagihan merokok, tetapi berunding dengan GP (Pengamal Perubatan) anda, sememangnya mempunyai makna berharga. Anda juga boleh bercakap dengan orang yang anda sayangi, rakan, atau talian bantuan tempatan jika anda memerlukan sokongan emosi, dan jika anda mengetahui seseorang yang anda sayangi atau rakan dengan ketagihan merokok, sila bantu mereka dalam apa jua bentuk yang mereka perlukan untuk melawan ketagihan mereka. Kanser paru-paru boleh membawa maut.

Apabila tiba pada saat di mana anda, orang yang anda sayangi, atau rakan mempunyai kanser paru-paru, kenyataannya ternyata sukar untuk diterima. Di sinilah PruBSN bercita-cita untuk membantu meringankan beban kewangan dan emosi dari kehidupan anda dengan memperkenalkan PruBSN Damai, pakej penyelesaian perubatan moden takaful yang memberikan anda perlindungan perubatan menyeluruh dengan minimum RM10,000 setahun. Pakej ini menawarkan beberapa manfaat, seperti manfaat matang, manfaat kematian, dan manfaat hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) yang menawarkan perlindungan sehingga umur 70 tahun dan tertakluk kepada maksimum RM4 juta bagi setiap orang yang dilindungi. Anda juga boleh menambah mana-mana rider yang tersedia pada pelan ini untuk menikmati faedah tambahan.

Sesiapa sahaja yang berumur antara 1 hingga 70 tahun pada hari jadi mereka seterusnya layak untuk mendaftar untuk pakej ini. dan perkara yang paling bagus adalah perlindungan penyakit kritikal dan penjagaan kesihatan mental juga boleh menjadi sebahagian daripada pakej ini!

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelan takaful kami? Tinggalkan maklumat anda di bawah untuk kami menghubungi anda untuk perundingan pantas.

Rujukan

Dapatkan rundingan takaful PERCUMA

Semua yang bertanda * wajib diisi
*Semua bidang wajib diisi

Jantina

Jantina

Bahasa Pilihan

*Saya/Kami telah membaca, memahami dan memberikan persetujuan saya / kami untuk Prudential BSN Takaful Berhad untuk mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi saya/kami menurut Polisi Privasi yang diberikan .

Prudential