Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
PruBSN Warisan Plus | Prudential BSN Takaful
Kewangan

PruBSN
WarisanPlus

Berikan jaminan keselamatan kewangan kepada orang tersayang melebihi jangka hidup anda. Ciptalah impak yang berkekalan dengan pelan takaful patuh Syariah ini yang menggabungkan perlindungan dan simpanan.

Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN WarisanPlus

Bagaimanakah orang tersayang anda boleh meneruskan hidup tanpa kekangan kewangan tanpa anda, jika tiba-tiba hilang dari kehidupan mereka disebabkan peristiwa malang? Adakah keselamatan kewangan mereka berisiko?

Meninggalkan warisan kewangan adalah salah satu jasa terpenting yang boleh anda membuat untuk keluarga anda, terutamanya jika mereka hanya bergantung kepada anda untuk sumber rezeki mereka. Ianya bukan sahaja meninggalkan mereka sejumlah wang - tetapi adalah untuk memastikan mereka masih mempunyai sebuah rumah untuk tinggal, dan anak-anak anda masih boleh melanjutkan pendidikan mereka di sekolah.

Dengan PruBSN WarisanPlus, anda akan mendapat pelan perlindungan fleksibel dengan jumlah perlindungan yang tinggi bermula dari RM350,000 dengan sumbangan takaful serendah RM100 sebulan (atau perlindungan bermula dari RM250,000 dengan sumbangan takaful serendah RM50 sebulan untuk kanak-kanak).

Pelan ini dilengkapi dengan perlindungan untuk kemalangan, kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh. Anda boleh meningkatkannya lagi dengan penyakit kritikal, haji dan pelbagai rider penyumbang.

Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan, dan anda berpotensi menikmati had bukan perubatan yang sehingga RM2 juta.

PruBSN WarisanPlus juga boleh berfungsi sebagai pelan simpanan (melalui Takaful Saver atau Takaful Saver Kid riders), dengan sumbangan anda dilaburkan dalam dana berkaitan pelaburan yang diluluskan oleh Syariah yang anda pilih.

Tenangan fikiran anda dengan pelan perlindungan takaful yang komprehensif dan berpatutan ini yang memberikan keselamatan dan jaminan warisan anda untuk orang tersayang.

Keluarga didahulukan

Apabila perkara tidak diduga berlaku, kami boleh membantu keluaraga anda melalui saat-saat sukar dengan prosedur yang mudah.


Pastikan keluarga anda menerima manfaat

 


Hibah takaful mengelakkan prosedur pewarisan yang panjang dan rumit untuk keluarga anda menerima manfaat kematian.

 

 

Maklumat produk

Terma Perlindungan dan Pembayaran

Tempoh Sumbangan

5, 10 atau 20 tahun, atau sepanjang Tempoh Perlindungan

Sumbangan Minimum Bulanan

Sumbangan bulanan minimum adalah RM100 untuk dewasa dan RM50 untuk kanak-kanak. Sumbangan bergantung kepada pilihan jumlah perlindungan asas, tempoh sumbangan dan kekerapan sumbangan. Kadar sumbangan berbeza mengikut umur, jantina, status merokok, kelas pekerjaan, keadaan kesihatan, tempoh sumbangan umur matang.

Umur Kelayakan

1 hingga 70 tahun pada tarikh lahir akan datang

Nota: Untuk umur tamat tempoh pada 70 tahun, usia kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada hari lahir akan datang.

Tamat Tempoh Perlindungan

Sehingga 100 tahun

 Jumlah Perlindungan Minimum

Dewasa 
RM350,000

Kanak-Kanak
RM250,000


 

Ciri-ciri

Jumlah perlindungan yang tinggi untuk kelangsungan hidup keluarga yang lebih lama
Dengan nilai perlindungan minimum RM350,000 dari PruBSN WarisanPlus, keluarga anda akan dapat mengekalkan gaya hidup semasa dan membantu anda melangsaikan hutang apabila anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD). 

Perlindungan yang boleh diubah suai dengan sumbangan yang berpatutan
Tidak ada satu pelan perlindungan yang lengkap dengan kesemua ciri. Dengan PruBSN WarisanPlus, anda boleh sertakan rider berpandukan keperluan anda.

Perlindungan penyakit unik
Menerima pampasan apabila anda di diagnos atau dimasukkan ke wad disebabkan penyakit berjangkit bergantung kepada kategori berikut:

KATEGORI A: RM5,000/diagnosis/penyakit

  • Campak

  • Demam Chikungunya

  • Penyakit Mulut Kaki Tangan

  • Demam kepialu

  • Rabies


KATEGORI B: RM10,000/dimasukkan ke hospital/penyakit

  • Virus Zika

  • Ebola

  • MERS-CoV

  • SARS

  • Malaria

  • Penyakit Creutzfeldt-Jacob

  • Influenza A - Influenza Avian AH7N9 & AH5N1

  • Virus Ensefalitis Nipah

  • Ensefalitis Jepun


Hibah
Jamin mereka yang anda sayang dengan menamakan mereka sebagai penerima. Mereka akan menerima manfaat kematian tanpa melalui prosedur pewarisan harta yang berpanjangan.

Bantuan perbelanjaan pengebumian
Meringankan beban keluarga anda apabila mereka menerima RM3,000 daripada manfaat Khairat.

Peluang pelaburan
Anda boleh memilih daripada 9 jenis Dana berkaitan Pelaburan yang memenuhi keperluan risiko anda untuk meningkatkan nilai tunai dengan potensi pulangan.

Permohonan yang mudah
Tidak perlu melalui pemeriksaan perubatan untuk menikmati jumlah perlindungan asas sehingga RM2 juta.

Pelanjutan perlindungan sehingga umur 100
Perlindungan akan berlanjutan sehingga umur 100*, tertakluk kepada sumbangan tambahan yang diperlukan.

*Perlindungan akan berlanjutan selagi terdapat nilai tunai yang mencukupi untuk penolakan Tabarru' dan caj lain sehingga umur 100 tahun atau sehingga tempoh perlindungan yang maksimum untuk manfaat tertentu, yang mana lebih awal. Sumbangan tambahan mungkin diperlukan untuk memastikan nilai tunai adalah mencukupi sehingga akhir tempoh yang dilanjutkan. 

Melangkaui Semangat Takaful
Membolehkan anda membantu golongan keluarga miskin tegar dan miskin untuk dilindungi dengan perlindungan takaful keluarga asas.

Manfaat

Manfaat Matang

Nilai dari Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada.

Manfaat Kematian

Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:
• Jumlah Perlindungan Asas; atau
• Jumlah amaun dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) ditambah baki dari Akaun Unit Pelaburan (IUA) jika ada.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Jumlah Perlindungan untuk Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh

Nota: Jika berlaku Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh sebelum tamat tempoh atau sebelum umur 70 tahun. Tertakluk pada jumlah maksimum RM8,000,000 bagi setiap orang yang dilindungi.

Manfaat Penyakit Kritikal

Hajj Protection
Level Term
Contributor Parent Protect
Contributor Parent Saver
Contributor Protect
Contributor Saver
Contributor Spouse Protect
Contributor Spouse Saver
Crisis Shield
Crisis Protector
Takaful Saver
Takaful Saver Kid
Ihsan

 

 

 

Pelepasan Cukai

Untuk PruBSN WarisanPlus, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2053 7188 atau customer@prubsn.com.my.
  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Memahami rider

Apa itu rider ?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.