Bagi menyokong peralihan kepada perkhidmatan digital dan meningkatkan kecekapan pemprosesan, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) akan melaksanakan perubahan berikut berkuat kuasa 1 Februari 2026:

Perkara penting untuk makluman pelanggan:

  • Borang e-Kredit dan Pengeluaran akan dikeluarkan daripada Laman Web Korporat PruBSN

  • Penyerahan permohonan secara fizikal atau manual tidak lagi diterima

  • Permohonan e-Kredit (kemas kini akaun bank) hendaklah dibuat melalui aplikasi PruBSN Touch (https://app.prubsn.com.my/PruBSNTouch)

  • Permohonan Pengeluaran perlu dikemukakan melalui Perancang Kewangan/Perunding Takaful anda menggunakan saluran digital yang disediakan

Perubahan ini bertujuan untuk memastikan pemprosesan yang lebih pantas, tepat dan selamat

Tarikh akhir penyerahan fizikal: 31 Januari 2026

Sila rujuk garis panduan yang disediakan di sini bagi langkah-langkah untuk mengemas kini e-Kredit.

Kami menghargai kerjasama dan sokongan anda dalam usaha kami mempertingkatkan pengalaman perkhidmatan secara digital.

Kami adalah PruBSN.

Takaful untuk semua. Sepanjang hayat.

PruBSN Company

Dapatkan maklumat lanjut disini

Sedia untuk memulakan perbualan?

Biarkan pasukan kami membimbing anda melalui pilihan terbaik untuk keperluan anda