Kandungan
Kami memahami bahawa musim monsun ini boleh membawa cabaran yang tidak dijangka. Sehubungan itu, kami bersedia untuk bantu meringankan beban anda sekiranya anda terjejas akibat banjir.
-
Tempoh penangguhan pembayaran sumbangan dilanjutkan.
-
Proses tuntutan dipercepatkan, termasuk bayaran balik perbelanjaan perubatan walaupun tanpa resit asal.
Sokongan tambahan yang tersedia:
-
Pilihan untuk menukar kekerapan pembayaran sumbangan daripada tahunan kepada bulanan.
-
Penggantian percuma bagi sijil yang hilang.
Sila berhubung dengan Pusat Khidmat Pelanggan kami, kunjungi cawangan terdekat, atau berbincang dengan Perunding Takaful anda untuk mendapatkan bantuan.