Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Doktor Perempuan Hijab

Pendapat Perubatan Kedua (SMO)

Pengenalan

Pendapat Perubatan Kedua disediakan kepada Orang yang Dilindungi bagi Pelan Medikal PruBSN yang terpilih (sila rujuk manfaat sijil anda) secara percuma, melalui perkhidmatan pihak ketiga yang telah dilantik oleh kami.

 

Jika Orang yang Dilindungi telah didiagnosis dengan Penyakit Kritikal, Orang yang Dilindungi layak untuk menerima Pendapat Perubatan Kedua daripada pakar perubatan seluruh dunia tanpa perlu melakukan perjalanan ke luar negara. Pesakit boleh mengajukan pelbagai soalan dan menyatakan keraguan mengenai keadaan kesihatan semasa mereka. Orang yang Dilindungi juga akan menerima laporan perubatan daripada pakar perubatan mengenai keadaan kesihatan mereka dan pakar perubatan akan memberikan pendapat serta mencadangkan rawatan alternatif kepada pesakit.

 

Perkhidmatan ini bukan hanya untuk penyakit kritikal yang mengancam nyawa, tetapi merangkumi juga keadaan yang boleh mempengaruhi kualiti hidup dengan ketara.

Soalan Lazim

Bilakah saya perlu mempertimbangkan SMO?

Bila-bila masa ketika anda mendapat penyakit yang sangat serius atau mengancam nyawa.

 

  • Di mana rawatan adalah sangat berisiko atau merbahaya
  • Di mana diagnosis tidak jelas
  • Di mana rawatan adalah bersifat eksperimental, atau prosedur yang melibatkan penggunaan alatan eksperimen

 

 

Apabila anda telah didiagnosis dengan penyakit kritikal, perasaan bimbang dan risau boleh membebankan anda. Oleh itu, SMO menawarkan anda akses kepada maklumat lanjut mengenai keadaan perubatan anda untuk membantu anda membuat keputusan yang kukuh.

 

Apakah keadaan perubatan yang dilindungi oleh perkhidmatan SMO?

Keadaan perubatan yang dilindungi adalah seperti dalam senarai penyakit kritikal yang disenaraikan dalam sijil anda.

 

Senario yang tidak sesuai untuk SMO:

  • Rawatan kecemasan, situasi yang mengancam nyawa
  • Kemasukan hospital untuk penjagaan kritikal
  • Isu harian atau biasa seperti selesema, batuk, demam, luka dan sebagainya
  • Keadaan atau gejala tanpa sebarang diagnosis awal
Bilakah saya akan menerima laporan perubatan SMO?

Kebiasaannya, anda akan menerima laporan bertulis dalam tempoh 14 hari bekerja selepas semua rekod perubatan diterima oleh pakar. Ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk keadaan perubatan yang kompleks.

 

Perkhidmatan SMO bukan untuk mengendalikan rawatan kecemasan atau memberikan panduan rawatan segera. Anda dinasihatkan untuk tidak bergantung kepada perkhidmatan SMO jika anda perlu membuat keputusan segera berkenaan isu-isu perubatan.

Berapa kali saya boleh menggunakan perkhidmatan SMO?

Tiada had tahunan atau had seumur hidup ke atas penggunaan SMO. Pemegang sijil boleh menggunakan perkhidmatan SMO untuk keadaan perubatan yang berbeza.

Apakah kos yang diperlukan untuk perkhidmatan SMO?

Jika anda mahu menggunakan perkhidmatan SMO sebagai perkhidmatan nilai tambah PruBSN, anda tidak perlu membuat sebarang bayaran. Walau bagaimanapun, terdapat kos yang ditanggung semasa proses mendapatkan SMO seperti (tetapi tidak terhad kepada) laporan terjemahan, ujian perubatan tambahan, caj kurier jika ada, akan ditanggung oleh pemegang sijil.

Mengapa anda perlu mendapatkan SMO?

Adalah penting bagi anda mendapatkan salinan laporan yang telah dilakukan oleh doktor perunding yang pertama. Ini termasuk laporan operasi pembedahan, laporan biopsi, salinan laporan discaj. Bagi imbasan CT dan MRIs atau prosedur penyiasatan lain di mana keputusannya adalah dalam format CD, sila dapatkan salinan CD tersebut.

 

Kedua, dapatkan doktor perunding yang pertama untuk menyatakan apakah pelan rawatan yang dirancang untuk anda.

Siapakah doktor anda?

Perkhidmatan SMO disediakan oleh pembekal khidmat pihak ketiga yang telah dilantik. Para doktor yang meneliti kes anda adalah pakar perubatan dan bedah yang disahkan oleh Lembaga Pengarah Amerika. Pemilihan pakar adalah mengikut budi bicara perkhidmatan pihak ketiga kami.

Apakah yang akan terkandung dalam laporan SMO?

SMO adalah laporan bertulis mengenai tahap kesihatan anda, menangani kebimbangan anda dan menyediakan rawatan alternatif yang berpotensi.

Apakah langkah seterusnya selepas menerima laporan SMO?

Anda boleh berbincang mengenai laporan dan saranan SMO dengan doktor perunding anda. Maklumat di laporan boleh membawa kepada diagnosis yang berbeza dan/atau pelan perubatan yang baru. Apa yang penting ia memberikan ketenangan minda kepada anda dan keluarga anda.

Adakah rawatan yang disyorkan dalam laporan SMO ditanggung di bawah takaful saya?

Tidak semua perkhidmatan dan penjagaan pemulihan yang dicadangkan dalam laporan SMO dilindungi di bawah sijil takaful anda. Adalah penting untuk anda membaca dan memahami pengecualian dalam sijil anda. SMO adalah perkhidmatan rundingan sahaja dan ia tidak membayar semula perbelanjaan perubatan dari pelan rawatan yang disyorkan.