Rancang Kewangan Anda untuk 2021

Menyediakan senarai azam tahun baru merupakan suatu perkara yang biasa, antara azam yang paling popular adalah untuk mengurangkan berat badan, menjadi lebih sihat, bersenam dengan lebih kerap dan menyimpan wang. Tetapi tanpa rancangan yang tetap, kebanyakan azam ini akan ditenggelami oleh tanggungjawab kehidupan harian dan sebagainya.
Bukan menjadi kebiasaan untuk membuat azam tahun baru? Memandangkan cabaran yang melanda tahun 2020, mungkin anda perlu mempertimbangkan azam yang berkaitan dengan urusan kewangan.
Mungkin terdapat kesusahan bersedia untuk tahun yang akan datang, terutamanya bagi orang yang menghadapi masalah kewangan, apa yang berlaku pada tahun 2020 telah membuktikan kepentingan untuk bersedia dari segi kewangan. Sama ada anda mempunyai pendapatan yang tetap ataupun hilang pekerjaan, sedang hidup dengan selesa ataupun mengalami kesusahan, waktu hujung tahun merupakan masa yang sesuai untuk menilai kewangan dan bersedia untuk menghadapi tahun baru yang penuh harapan serta tidak menentu.
Di bawah adalah beberapa cadangan untuk membantu anda.
Sediakan bajet bulanan – dan patuhinya
Mula dengan menyenaraikan pendapatan bulanan anda, dan tetapkan ketegori untuk perbelanjaan yang tetap. Ini termasuk perbelanjaan untuk makanan, sewa, bil utiliti, bil yang lain, pembayaran pinjaman, kos pendidikan, serta perbelanjaan yang lain.
Sekiranya anda tidak pasti ke mana perginya duit anda, kaji tabiat pembayaran anda sepanjang tahun lepas, dan cuba kenal pasti perbelanjaan anda. Masih tidak pasti? Mulai bulan Januari, pantau perbelanjaan anda dengan tekun selama sebulan. Gunakannya sebagai asas untuk bajet anda sepanjang tahun.
Cuba memperuntukkan pendapatan bulanan anda ke dalam bajet secara terperinci.
Sekiranya perbelanjaan bulanan anda melebihi peruntukkan bajet pada akhir bulan? Semak semula bajet anda untuk menentukan perbelanjaan yang boleh dikurangkan.
Sekiranya pendapatan anda tidak tetap, anda boleh menggunakan jumlah yang terendah atau jumlah purata. Adalah lebih baik untuk menyediakan bajet yang sederhana, daripada membuat perancangan yang besar tetapi mempunyai kekurangan dana untuk menyokongnya.
Walaupun mencabar untuk menyediakan bajet, anda hanya perlu melakukannya sekali sahaja. Bajet yang jelas akan membantu anda untuk melihat aliran wang anda, memberikan anda keyakinan untuk membuat keputusan kewangan untuk jangka pendek dan panjang.
Tetapkan matlamat kewangan
Setelah anda membuat bajet, tetapkan matlamat untuk membantu anda mencapai sasaran kewangan tertentu. Matlamat anda boleh berpelbagai, terdiri dari membantu anda ke arah bebas hutang, menetapkan tabung persaraan, menyimpan wang pendahuluan untuk rumah baru, ataupun membeli telefon bimbit baru.
Anda bebas untuk memilih matlamat kewangan, tetapi lebih baik untuk anda memberi tumpuan terhadap matlamat yang membantu anda untuk mengurangkan risiko kewangan, terutamanya yang boleh dicapai dalam jangka masa pendek, seperti menjelaskan hutang kad kredit.
Anda sudah menentukan matlamat? Peruntukkan sebahagian daripada bajet bulanan anda untuk mencapai matlamat tersebut. Bilangan matlamat yang rendah boleh dicapai dengan cepat, dan setelah anda berjaya melaksanakan satu matlamat, anda boleh memilih matlamat yang baru.
Matlamat anda tidak perlu mengikut jadual masa yang sama. Setelah anda menguruskan bajet anda selama beberapa bulan, anda tentu lebih memahami urusan kewangan anda dan mampu mengolahkannya sekiranya perlu.
Walaupun sasaran yang besar adalah penting, jangan lupa untuk memberikan ganjaran kepada diri sendiri. Rancang satu percutian, sediakan bajet untuk konsol permainan yang baru, atau mungkin terdapat sepasang kasut berjenama yang anda minati. Jangan membuat bayaran menggunakan kad kredit – serta menanggung hutang tambahan – sebaliknya lebih baik untuk menjimatkan wang yang secukupnya, kerana ini akan mendorong anda untuk mencapai matlamat yang selebihnya.
Anda juga harus memikir tentang golongan yang memerlukan. Penyediaan sejumlah wang kecil pada setiap bulan untuk membantu orang lain ataupun diderma merupakan matlamat yang mulia untuk pendapatan anda yang berlebihan.
Jangan lupa untuk menyediakan dana kecemasan dan matlamat persaraan jangka panjang
Sekiranya terdapat perkara yang boleh dipelajari dari tahun 2020, ia adalah bahawa ramai orang tidak bersedia untuk menghadapi masalah kewangan, terutamanya mereka yang tidak lagi mempunyai pendapatan yang tetap.
Dengan ini, jangan lupa untuk menyediakan wang untuk dana kecemasan dan/atau pelan persaraan. Anda boleh memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang yang tetap setiap bulan, atau memindahkan wang yang berlebihan ke dalam dana kecemasan/persaraan pada hujung bulan.
Anda disarankan mempunyai dana kecemasan yang cukup untuk perbelanjaan selama enam bulan hingga setahun. Dan setelah anda menyediakan bajet, anda pasti tahu jumlah yang diperlukan.
Dari meninggalkan dana kecemasan/persaraan anda dalam akaun simpanan yang biasa, anda boleh menyertai pelan simpanan yang direka khas untuk membantu wang simpanan anda bertambah. Ini termasuk dana persaraan awam atau persendirian yang ditubuhkan, dana pelaburan, serta pelan takaful dan insurans simpanan yang mempunyai manfaat tambahan.
PruBSN Aspirasi merupakan satu contoh pelan sebegitu. Direka untuk mebantu anda menguruskan masa depan anda pada hari ini, PruBSN Aspirasi membantu untuk menjamin masa depan anda menggunakan wang simpanan, pelaburan dan perlindungan, di samping membolehkan anda merancang dan menguruskan kewangan. Dengan jangka masa sumbangan tetap selama lima, sepuluh atau dua puluh tahun, manfaatnya termasuk bayaran tunai tahunan (bermula dari akhir tahun kedua), bayaran sekali gus pada akhir tempoh matang, potensi pulangan menerusi dana pelaburan patuh shariah pilihan anda, serta perlindungan kewangan untuk keluarga anda sekiranya berlaku kematian akibat sebab-sebab semula jadi atau kemalangan.
Sekiranya anda ingin menyertai sijil takaful yang memberikan anda manfaat tambahan termasuk perlindungan penyakit unik, jumlah liputan yang lebih tinggi, hibah, dan tempoh perlindungan yang dilanjutkan sehingga umur 100 tahun, pilih PruBSN WarisanPlus. Ia merupakan pelan perlindungan yang berpatutan dan boleh disesuaikan mengikut keperluan anda.
Kedua-dua pelan ini membolehkan anda menyimpan wang, bukan sahaja untuk kecemasan atau persaraan, tetapi demi membantu keluarga dan orang tersayang dari segi kawangan sekiranya berlaku kemalangan.
Pastikan anda menjejaki perbelanjaan!
Sekiranya anda tidak dilahirkan dengan daya ingatan eidetik, anda harus merekod bajet anda! Ini amat penting sebagai rujukan cara anda membelanjakan wang. Anda boleh mengikut kaedah tradisional dan menulis dalam buku lejar, atau sekiranya anda pandai menggunakan perisian Microsoft Excel, anda boleh membuat carta spreadsheet. Templat bajet percuma atau berbayar juga boleh didapati secara atas talian.
Perisian kewangan peribadi merupakan alat yang baik sekiranya anda tidak minat menulis atau mencipta formula. Terdapat beberapa perisian untuk komputer, laman web atau aplikasi telefon pintar yang percuma atau berbayar. Kebanyakannya mempunyai tempoh percubaan percuma yang memberikan anda kesempatan untuk mencari perisian yang paling sesuai. Perisian ini akan membantu anda memulakan bajet dalam beberapa minit.
Tidak terlalu lambat untuk menguruskan kewangan anda
Pernahkah anda berlapar demi menjimatkan duit untuk membeli barang permainan yang diingini? Ia hampir serupa dengan cara anda merancang perbelanjaan, tetapi kini anda mempunyai tanggungjawab kewangan tambahan untuk dipertimbangkan.
Sama ada anda masih sedang belajar, bekerja ataupun menghampiri persaraan, sekiranya anda belum merancang bajet, anda harus bermula dengan segera.
Walaupun pada mulanya anda mungkin terasa seperti disekat oleh bajet dan peruntukkan yang ditetapkan, sebenarnya, penyediaan bajet untuk urusan kewangan adalah amat membebaskan kerana anda dapat memahami bagaimana wang anda berkerja, dan lebih penting, bagaimana wang berkerja untuk anda. Bajet membantu anda merancang untuk halangan, dan segala usaha untuk melaksanakan matlamat anda merupakan selangkah menuju kesejahteraan dan kebebasan kewangan yang lebih baik.
Jangan leka, mulakan bajet anda hari ini. Walaupun anda mungkin membaca ayat ini pada pertengahan tahun 2021 atau tahun-tahun berikutnya, tidak terlalu lambat untuk bermula. Anda akan bersyukur kerana berbuat demikian.
Muat turun infografik ringkas di sini bagi membantu anda merancang kewangan anda!
Untuk maklumat lanjut tentang PruBSN Aspirasi dan PruBSN WarisanPlus, hubungi Ejen Takaful kami.