Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Kanser Nasofarinks: Gejala, Punca, dan Rawatan

Kanser Nasofarink

Kanser nasofarinks (NPC) bukanlah sejenis kanser yang umum, namun ia sebenarnya adalah salah satu kanser yang paling kerap menyerang lelaki di Malaysia dan telah menjadi salah satu kanser yang lebih menonjol di Malaysia sejak tahun 1966. Pengesanan awal dan mengenal pasti gejala NPC secepat mungkin mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda, atau nyawa seseorang yang anda kenal. Jadi, apakah sebenarnya kanser nasofarinks, dan apa yang kita ketahui tentangnya?

Apakah itu kanser nasofarinks?

Kanser nasofarinks menyerang farinks dan walaupun ia menyerang kawasan yang sama, ia tidak boleh disamakan dengan kanser lain yang menyerang tekak, seperti kanser laring atau kanser esofagus.

Apakah gejala kanser nasofarinks?

Kanser nasofarinks biasanya sukar dikenali kerana gejalanya serupa dengan keadaan kesihatan lain yang kurang serius. Selain itu, ramai orang yang menghidap kanser nasofarinks tidak mengalami gejala sehingga kanser telah berkembang ke tahap yang lebih lanjut.

Berikut adalah gejala-gejala yang mungkin anda alami jika anda menghidap kanser nasofarinks:

  • Benjolan di leher yang tidak hilang selepas 3 minggu.

  • Kehilangan pendengaran. (Biasanya hanya pada 1 telinga)

  • (Mendengar bunyi yang berasal dari dalam badan dan bukan dari sumber luar)

  • Hidung tersumbat atau sesak. (Biasanya tersumbat hanya pada 1 sisi)

  • Hidung berdarah.

  • Sakit kepala.

  • Penglihatan berganda.

  • Bahagian bawah muka anda terasa kebas.

  • Masalah menelan.

  • Suara serak.

  • Kehilangan berat badan secara tidak sengaja.


Anda harus berjumpa dengan doktor jika anda mengalami mana-mana gejala ini, terutamanya jika anda tidak melihat sebarang peningkatan selepas 3 minggu. Mungkin gejala tersebut tidak disebabkan oleh kanser nasofarinks, namun sebaiknya rujukkan gejala anda diperiksa oleh doktor.

Apakah punca kanser nasofarinks?

Tidak diketahui dengan tepat apa yang menyebabkan kanser nasofarinks. Namun, beberapa faktor boleh meningkatkan risiko anda menghidap keadaan ini.

Beberapa faktor risiko termasuk:

  • Berketurunan Cina Selatan atau Afrika Utara.

  • Diet yang mengandungi banyak daging dan ikan yang diasinkan.

  • Pendedahan kepada virus Epstein-Barr (EBV), virus biasa yang menyebabkan demam kelenjar.

  • Bekerja dalam persekitaran pekerjaan dengan pendedahan berterusan kepada habuk kayu keras atau bahan kimia yang dipanggil formaldehid.

  • Mempunyai ahli keluarga terdekat, seperti ibu bapa, yang pernah mengalami keadaan ini.

  • Pengambilan tembakau yang berat


Virus papilloma manusia (HPV) juga dianggap sebagai faktor risiko untuk menghidap kanser nasofarinks, oleh itu adalah penting untuk mendapatkan vaksin terhadapnya.

Kanser nasofarinks menyerang kira-kira 3 kali lebih ramai lelaki berbanding wanita, dengan purata umur diagnosis sekitar 50 tahun. 

Apakah pilihan rawatan untuk kanser nasofarinks?

Dua rawatan utama untuk kanser nasofarinks ialah:

  • Radioterapi – menggunakan radiasi untuk memusnahkan sel kanser.

  • Kemoterapi – menggunakan ubat untuk memusnahkan sel kanser.


Gabungan radioterapi dan kemoterapi seringkali digunakan.

Sekumpulan pakar yang bekerja bersama dalam satu pasukan pelbagai disiplin (MDT) akan menjaga anda jika anda didiagnosis dengan kanser nasofarinks. Ahli MDT anda akan berbincang dengan anda mengenai pilihan rawatan yang mereka percaya adalah yang terbaik untuk kes anda.

 

Pembedahan biasanya tidak digunakan untuk merawat kanser nasofarinks kerana kawasan yang terjejas adalah mencabar untuk diakses oleh pakar bedah.

Jika anda seorang perokok, adalah penting untuk berhenti merokok, kerana merokok meningkatkan risiko kanser berulang dan boleh menyebabkan lebih banyak kesan sampingan daripada rawatan. Sememangnya sudah diakui dari dahulu bahawa merokok mendatangkan kesan kesihatan yang buruk.

Secara keseluruhannya, kanser nasofarinks tetap menjadi isu kesihatan yang signifikan, memandangkan kelazimannya di Malaysia. Jika anda atau sesiapa yang anda kenal mengalami gejala yang menunjukkan bahawa anda mungkin menghidap kanser nasofarinks, segeralah periksa diri anda dengan doktor. Namun, ada juga kemungkinan bahawa gejala-gejala tersebut adalah petanda kepada keadaan kesihatan lain, jadi sebaiknya pastikan supaya anda tidak terlewat. Jangan ragu untuk berkongsi artikel ini dengan ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan, atau rakan sekerja anda, kerana anda mungkin dapat menyelamatkan nyawa dengan berbuat demikian.

Kami mengakui bahawa rawatan kanser adalah salah satu rawatan perubatan yang paling mahal. Untuk membantu bersiap sedia menghadapi kenyataan, PruBSN mengesyorkan PruBSN Damai untuk membantu meringankan beban kewangan yang sekiranya anda didiagnosis menghidap kanser atau sebarang keadaan perubatan serius yang lain. Pelan takaful ini memberi anda pakej penyelesaian perubatan yang komprehensif dan moden yang merangkumi perlindungan sehingga umur 100 tahun untuk kematian, hilang upaya menyeluruh dan kekal, perubatan dan kemasukan ke hospital, penyakit kritikal, kemalangan dan banyak lagi. Pelan takaful ini merangkumi perlindungan kanser yang luas, had tahunan tambahan, dan had seumur hidup yang tinggi untuk rawatan kanser pesakit luar. Jumlah perlindungan minimum pelan ini bermula dari serendah RM10,000 dan sesiapa sahaja yang berumur antara 1 hingga 70 tahun (umur pada hari jadi akan datang) layak mendaftar untuk pelan ini.

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pelan takaful kami? Tinggalkan maklumat anda di bawah untuk kami menghubungi anda untuk perundingan pantas.

Rujukan

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC8114476/ - NIH
https://www.nhs.uk/conditions/nasopharyngeal-cancer/ - NHS

Dapatkan rundingan takaful PERCUMA

Semua yang bertanda * wajib diisi
*Semua bidang wajib diisi

Jantina

Jantina

Bahasa Pilihan

*Saya/Kami telah membaca, memahami dan memberikan persetujuan saya / kami untuk Prudential BSN Takaful Berhad untuk mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan data peribadi saya/kami menurut Polisi Privasi yang diberikan .

Prudential