Prudential completes first histotripsy claim for liver cancer treatment

Bandar Utama, 16 Ogos 2017 – Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dan Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) hari ini memperkenalkan myDNA iaitu penyelesaian kesihatan berasaskan nutrigenomik1 secara mobil yang pertama seumpamanya, ciptaan makmal genetik terulung di Asia, Prenetics Limited. Penyelesaian kesihatan ini mampu memberikan maklumat berharga untuk memperkasakan individu dalam memahami keperluan dan profil kesihatan mereka.

Kit myDNA ini adalah percuma buat para pelanggan yang melanggan pelan PRUwealth ataupun pelan takaful PruBSN Warisan, dari 16 Ogos 2017 dan 31 Disember 2017, dengan jumlah perlindungan minimum sebanyak RM1 juta atau jumlah premium tahunan/ sumbangan tahunan sebanyak RM12,000. Polisi/ Sijil perlu kekal berkuatkuasa selama sekurang-kurangnya 30 hari dari tarikh ia bermula untuk layak mendapatkan kit myDNA. 

Laporan berasaskan nutrigenomik ini menjelaskan bagaimana keunikan genetik setiap individu memberi kesan terhadap nutrisi dalam pemakanan mereka. Melalui kit myDNA, warga Malaysia kini mempunyai peluang untuk menganalisa DNA dengan mudah, dan seterusnya menentukan bagaimana genetik mereka mempengaruhi diet, nutrisi dan rutin senaman mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif PAMB, Encik Gan Leong Hin ketika majlis pelancaran berkata, “Kami sedar bahawa perlindungan holistik merangkumi kesihatan kewangan dan fizikal rakyat Malaysia. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian perlindungan jangka panjang kepada para pelanggan, kami mahu memperkasakan mereka untuk membuat keputusan yang lebih bijak tentang kesihatan dan kesejahteraan mereka."

Turut hadir pada majlis pelancaran adalah Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Encik Aman Chowla. Beliau mengulas, “Bagaimana kita menentukan diet dan senaman yang paling bersesuaian dengan pelbagai pilihan kesihatan dan senaman yang terdapat di pasaran? Pemprofilan myDNA menganalisa kod DNA individu dengan mendalam. Pengguna boleh memanfaatkan maklumat ini melalui aplikasi eksklusif myDNA dalam menentukan dan mencapai matlamat kesihatan mereka dengan cadangan pemakanan, nutrisi dan senaman yang dibuat khusus untuk mereka.” 

Antara ciri-ciri lain myDNA yang menarik termasuk laporan dan cadangan yang diperibadikan serta akses eksklusif ke aplikasi mobil yang dilengkapi dengan diari pemakanan bergambar yang boleh dinilai dan maklumat anggaran kalori. Pengguna juga boleh berbual bersama pakar pemakanan atas permintaan mereka. Keseluruhan proses ini dijalankan secara mobil dengan kebolehan untuk mendaftar kit dan melihat status pada bila-bila dan di mana sahaja.

Aman menambah, “Sebagai peneraju dalam bidang ini, kami akan terus membantu rakyat Malaysia untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman mereka mengenai kesihatan, agar mereka mampu membuat pilihan yang lebih bijak dan mengekalkan gaya hidup sihat. myDNA mencerminkan tumpuan kami untuk memberikan manfaat jangka panjang kepada pelanggan dan komuniti dengan mengubah cara pemakanan, senaman dan gaya hidup.”

“Menawarkan myDNA secara eksklusif kepada pelanggan Prudential Assurance Malaysia and Prudential BSN Takaful menggariskan komitmen kami untuk mendengar dan memahami pelanggan kami, dan menyediakan penyelesaian inovatif yang memenuhi keperluan mereka yang semakin berkembang,” Gan merumuskan. 

Ketahui lebih lanjut mengenai myDNA dengan menemui wakil PAMB dan PruBSN serta pakar pemakanan di myDNA Centre di Aras Bawah, Centre Court, 1 Utama Shopping Centre dari 16 hingga 20 Ogos 2017. Pengunjung juga boleh menikmati pemeriksaan kesihatan percuma, mengambil bahagian dalam aktiviti yang menyeronokkan dan berpeluang memenangi hadiah menarik.

Layari 

Laman web myDNA
Laman web PAMB
Laman web PruBSN

Tonton

myDNA video 

Hubungi

Pusat Khidmat Pelanggan PAMB
+603 2116 0228
customer.mys@prudential.com.my

Pusat Khidmat Pelanggan PruBSN
+603 2053 7188
customer@prubsn.com.my

Mengenai Prudential BSN Takaful Berhad 

Ditubuhkan pada 2006 melalui lesen yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia, Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) hari ini merupakan pengendali takaful terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan kewangan untuk rakyat Malaysia serta keluarga mereka. PruBSN memiliki lebih 16,000 perunding takaful yang berkhidmat untuk lebih 800,000 pelanggan dengan pelbagai kedudukan pertama dalam industri takaful tempatan dan turut menerima pelbagai anugerah. Untuk enam tahun berturut-turut sejak 2011, PruBSN merupakan Pengendali Takaful Keluarga Nombor 1 dan pada 2016, syarikat kami mencapai Pengeluaran Perniagaan Baru berjumlah RM446 juta dengan 32.5% bahagian pasaran seperti yang telah disahkan oleh agensi penarafan industri, Insurance Services Malaysia.

Untuk maklumat lanjut tentang PruBSN, layari https://www.prubsn.com.my/en/our-company/our-brand/company-profile/ 

 

Mengenai Prudential Assurance Malaysia Berhad

Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1924. Bagi tahun kewangan 2017 yang berakhir pada 30 Jun 2017, ia telah mencatat RM741 juta dalam jualan perniagaan baharunya. Jualan perniagaan baharu merangkumi caruman Takaful dan jualan Insurans Hayat. Produk Takaful yang diedarkan oleh perancang kewangan dan ejen PAMB ditaja jamin oleh Prudential BSN Takaful Berhad. 

Selaku sebuah syarikat peneraju insurans yang inovatif, PAMB memenuhi keperluan simpanan, perlindungan dan pelaburan rakyat Malaysia dengan menyediakan segala penyelesaian kewangan menerusi 45 cawangannya di seluruh negara. Dengan sokongan lebih 1,700 orang kakitangan, PAMB komited untuk membantu orang ramai mencapai harapan dan impian masing-masing demi masa depan yang lebih cerah dan terjamin. 

PAMB ialah anak syarikat Prudential plc yang berpangkalan di UK. Prudential plc diperbadankan di England dan Wales. Bersama syarikat-syarikat gabungannya, ia menjadi salah satu kumpulan perkhidmatan kewangan terulung di dunia yang memberi perkhidmatan kepada 24 juta pelanggan dengan aset di bawah pengurusan berjumlah £635 bilion (seperti direkodkan pada 30 Jun 2017). Prudential plc disenaraikan di bursa saham London, Hong Kong, Singapura dan New York.

Prudential plc tidak ada kaitan langsung dengan Prudential Financial Inc, sebuah syarikat di mana perniagaan utamanya bertempat di Amerika Syarikat. 

Untuk maklumat lanjut tentang PAMB, layari https://www.prudential.com.my/en/our-company/about-prudential-malaysia/ 

 

Mengenai Prenetics Limited

Prenetics Limited merupakan syarikat pengujian genetik/kesihatan digital terkemuka di Asia Tenggara. Prenetics memperkasakan individu melalui maklumat kesihatan yang berharga. Melalui sampel DNA ringkas, individu dapat mengetahui bagaimana gen mereka mempengaruhi diet pemakanan, nutrisi dan tahap kecergasan mereka. Maklumat ini membolehkan anda mengutamakan kesihatan diri dengan menjalankan kehidupan yang lebih sihat dan proaktif bagi mencegah penyakit. Prenetics ditubuhkan pada tahun 2009 oleh sekumpulan profesor dan ahli sains dari sebuah universiti di Hong Kong. Setakat ini, makmal kami telah memproses lebih 200,000 sampel DNA, menjadikan kami salah satu syarikat pengujian genetik terkemuka dalam bidang ini. Berpandukan impiannya untuk memperkasakan lebih ramai orang, Prenetics meluaskan jangkauannya menerusi pejabat setempat di Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lain di Asia Tenggara.

Untuk maklumat lanjut tentang Prenetics, layari https://mydna.com.my/about/

 

Kenyataan media ini dikeluarkan bersama oleh Prudential BSN Takaful Berhad and Prudential Assurance Malaysia Berhad.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Prudential BSN Takaful Berhad
Hafiz Felani
Perhubungan Awam, Penjenamaan & Komunikas
Tel: + 603-20531037
E-mail: Hafiz.Felani@prubsn.com.my

Prudential Assurance Malaysia Berhad
Kho Hui-Yi
Perhubungan Awam, Penjenamaan & Komunikas
Tel: + 603-20763825
E-mail: kho.hui.yi@prudential.com.m

Dapatkan maklumat lanjut disini

Berita berkaitan

Prudential BSN Takaful Dan Waqaf An-Nur Lancarkan An-Nur Care
Arkib Berita

Prudential BSN Takaful Dan Waqaf An-Nur Lancarkan An-Nur Care

Prudential BSN Takaful Lancar PruBSN AnugerahMax
Arkib Berita

Prudential BSN Takaful Lancar PruBSN AnugerahMax

Prudential Malaysia Raih Kemenangan “Quadruple” di Insurance Asia Awards 2024
Arkib Berita

Prudential Malaysia Raih Kemenangan “Quadruple” di Insurance Asia Awards 2024

Prudential BSN Takaful Lancar PruBSN WarisanGold
Arkib Berita

Prudential BSN Takaful Lancar PruBSN WarisanGold

Prudential BSN Takaful Dinamakan Pengendali Takaful Keluarga Terbaik 11 Tahun Berturut-turut
Arkib Berita

Prudential BSN Takaful Dinamakan Pengendali Takaful Keluarga Terbaik 11 Tahun Berturut-turut

PruBSN Merayakan Musim Perayaan Dengan Lestari
Arkib Berita

PruBSN Merayakan Musim Perayaan Dengan Lestari