Manfaat Utama Produk

  • stepper icon

    Manfaat tahunan berdasarkan baki sumbangan

    Membayar manfaat tahunan bersamaan baki sumbangan pelaburan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada anda.

  • stepper icon

    Kelayakan

    Tersedia untuk individu berumur 1 hingga 70 tahun.

  • stepper icon

    Perlindungan jangka panjang

    Perlindungan boleh dilanjutkan sehingga 100 tahun, menyokong keselamatan kewangan jangka panjang.

  • stepper icon

    Rider patuh Syariah

    Dibangunkan berpandukan prinsip Syariah untuk menyediakan perlindungan yang beretika dan bertanggungjawab.

contributor saver

Mengapa anda perlu mempertimbangkan Contributor Saver

  • Membantu memastikan simpanan anda kekal terurus dengan menyediakan sokongan kewangan berterusan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada anda.
  • Menyediakan manfaat tahunan sekiranya anda mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal sebelum umur 70 tahun atau didiagnosis dengan penyakit kritikal.
  • Membantu melindungi matlamat kewangan jangka panjang serta memberikan ketenangan fikiran semasa menghadapi kejadian hidup yang tidak dijangka.

  • Ini merupakan gambaran ringkas rider sahaja. Untuk maklumat penuh, sila rujuk Dokumen Sijil, berbincang dengan ejen perkhidmatan anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di +603 2053 7188 atau customer@prubsn.com.my.
  • Umur yang dinyatakan merujuk kepada umur pada hari lahir anda yang seterusnya.
  • Tiada data peribadi akan dikumpul apabila anda menekan pautan ini.
  • Tempoh Rujukan Percuma: Anda boleh membatalkan Sijil Anda dalam tempoh 15 hari dari tarikh Sijil Anda telah diserahkan kepada Anda. Sijil Anda dianggap telah diserahkan kepada Anda pada tarikh Anda memuat turun e-Sijil daripada portal pelanggan Anda atau pada tarikh Sijil salinan cetak diserahkan kepada Anda, mengikut mana yang berkenaan. Sekiranya e-Sijil tidak dimuat turun, ia dianggap telah diserahkan selepas pemberitahuan elektronik ketiga bahawa e-Sijil telah disediakan di portal pelanggan Anda.

Ahli PIDM

Manfaat-manfaat yang dibayar di bawah sijil yang layak adalah dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (“PIDM”) sehingga had perlindungan. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (“TIPS”) PIDM atau hubungi Prudential BSN Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

pidm-logo

Ada soalan? Perlukan nasihat? Hubungi kami.

Tinggalkan maklumat anda dan perunding takaful kami akan menghubungi anda untuk membantu.

contact us
0/1000