- Ini merupakan ringkasan maklumat mengenai rider sahaja. Untuk mendapatkan maklumat terperinci, sila rujuk Dokumen Sijil, berbincang dengan ejen perkhidmatan anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.
- Umur yang dinyatakan merujuk kepada umur pada hari lahir anda yang seterusnya.
- Tempoh Rujukan Percuma: Anda boleh membatalkan Sijil Anda dalam tempoh 15 hari dari tarikh Sijil Anda telah diserahkan kepada Anda. Sijil Anda dianggap telah diserahkan kepada Anda pada tarikh Anda memuat turun e-Sijil daripada portal pelanggan Anda atau pada tarikh Sijil salinan cetak diserahkan kepada Anda, mengikut mana yang berkenaan. Sekiranya e-Sijil tidak dimuat turun, ia dianggap telah diserahkan selepas pemberitahuan elektronik ketiga bahawa e-Sijil telah disediakan di portal pelanggan Anda.
Tiada data peribadi akan dikumpul apabila anda menekan pautan di halaman ini.