Manfaat Utama Produk

  • stepper icon

    Perlindungan sejak awal kehidupan

    Perlindungan untuk anak anda bermula seawal 13 minggu kehamilan, termasuk sokongan bagi beberapa keadaan kongenital dan perkembangan.

  • stepper icon

    Bonus Kasih

    Bonus tunai dari semasa ke semasa bagi membantu meningkatkan nilai pelan anda untuk masa depan.

  • stepper icon

    Perlindungan yang boleh dibentuk mengikut keperluan

    Manfaat tambahan merangkumi perubatan, penyakit kritikal, kemalangan, pelaburan dan sumbangan kebajikan dengan perlindungan sehingga umur 100 tahun.

  • stepper icon

    Perlindungan sepanjang hayat

    Perlindungan boleh diteruskan sehingga umur 100 tahun dengan pilihan lanjutan automatik.

  • stepper icon

    Perlindungan menyeluruh dalam satu pelan

    Pelan tunggal yang menggabungkan perlindungan dengan perancangan kewangan jangka panjang.

  • stepper icon

    Tanpa had perubatan

    Rider Health360 menyediakan perlindungan kemasukan hospital dan rawatan pesakit luar tanpa had tahunan atau seumur hidup.

Reason

Mengapa Anda Perlu Mempertimbangkan PruBSN Asas360

  • Perlindungan menyeluruh bagi setiap peringkat kehidupan sehingga umur 100 tahun.
  • Pelan takaful berkaitan pelaburan dengan sumbangan berkala yang fleksibel.
  • Menyediakan pelbagai pilihan manfaat serta perlindungan komprehensif bagi menyokong keperluan hidup pada setiap peringkat.

Muat turun dokumen

  • Ini merupakan ringkasan produk sahaja. Untuk maklumat penuh, sila rujuk Ringkasan Sijil, berbincang dengan ejen perkhidmatan anda atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan di +603 2775 7188 atau customer@prubsn.com.my.
  • Umur yang dinyatakan merujuk kepada umur pada hari lahir anda yang seterusnya.
  • Tiada data peribadi akan dikumpul apabila anda menekan pautan ini.
  • Tempoh Rujukan Percuma: Anda boleh membatalkan Sijil Anda dalam tempoh 15 hari dari tarikh Sijil Anda telah diserahkan kepada Anda. Sijil Anda dianggap telah diserahkan kepada Anda pada tarikh Anda memuat turun e-Sijil daripada portal pelanggan Anda atau pada tarikh Sijil salinan cetak diserahkan kepada Anda, mengikut mana yang berkenaan. Sekiranya e-Sijil tidak dimuat turun, ia dianggap telah diserahkan selepas pemberitahuan elektronik ketiga bahawa e-Sijil telah disediakan di portal pelanggan Anda.

Ahli PIDM

PERLINDUNGAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (“PIDM”) UNTUK MANFAAT YANG DIBAYAR DARIPADA BAHAGIAN UNIT SIJIL INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA SYARAT-SYARAT TERTENTU. Sila rujuk Brosur Sistem Perlindungan Manfaat Takaful dan Insurans (“TIPS”) PIDM atau hubungi Prudential BSN Takaful Berhad atau PIDM (layari www.pidm.gov.my).

pidm-logo

Ada soalan? Perlukan nasihat? Hubungi kami.

Tinggalkan maklumat anda dan perunding takaful kami akan menghubungi anda untuk membantu.

contact us
0/1000