NOTIS PENTING:
PRUServices kini tersedia! Portal pelanggan baharu ini menggantikan PruBSN Touch.
Untuk pengguna PruBSN Touch, daftar akaun baharu di PRUServices bagi memastikan anda terus dapat mengurus sijil tanpa gangguan. PruBSN Touch akan dihentikan operasinya sepenuhnya pada 1 Jun 2026. Selepas tarikh ini, platform tersebut tidak lagi boleh diakses.
Daftar akaun anda sekarang di pruservices.prubsn.com.my
Cara mengakses PRUServices
Nota Penting: Selepas memasukkan NRIC anda, e-mel dan/atau nombor telefon yang didaftarkan dengan kami akan dipaparkan untuk pengesahan. Jika anda tidak lagi mempunyai akses kepada maklumat ini, sila hubungi Khidmat Pelanggan untuk bantuan.
Apa yang boleh dijangkakan di PRUServices
Sedia untuk mendaftar akaun anda?
Soalan-Soalan Lazim
Umum
1. Apakah itu PRUServices?
PRUServices ialah portal web pelanggan layan diri yang direka untuk memudahkan anda mengakses maklumat sijil dan menguruskan sijil anda dengan selamat pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
PRUServices kini boleh diakses melalui URL https://pruservices.prubsn.com.my

2. Apakah perkhidmatan yang tersedia pada masa ini di PRUServices?
Profil
a. Kemaskini butiran peribadi, seperti:
I. Nombor telefon bimbit
II. Alamat e mel
III. Nombor telefon kediaman
IV. Alamat surat menyurat
V. Nombor telefon perniagaan
VI. Alamat kediaman
VII. Persetujuan Pemasaran PruBSN
VIII. Persetujuan Pemasaran Pihak Ketiga
b. Tetapan Pembayaran – Kemas kini butiran bank
Pembayaran
a. Buat pembayaran (termasuk bayaran untuk Pengaktifan Semula dalam tempoh 28 hari daripada tarikh luput)
b. Bayar untuk keluarga
c. Ubah kekerapan pembayaran
d. Daftar untuk pemotongan auto
e. Kemas kini butiran akaun bank
f. Sejarah pembayaran
Kesihatan
a. Lihat eKad Perubatan
Dokumen
Lihat dokumen yang dikategorikan mengikut bahagian dan jenis berikut:
I. e Sijil (Dokumen Sijil & Pindaan Manfaat Sijil)
II. Penyata dan e Invois
a. Untuk Penyerahan Cukai Pendapatan
b. Penyata Tahunan
c. e Invois
III. Surat
a. Berkaitan Pembayaran
b. Pindaan Manfaat Sijil
c. Pindaan Butiran Sijil / Peribadi
d. Notifikasi Kesihatan & Tuntutan
e. Pembayaran Nilai Tunai
f. Sijil Luput & Pengaktifan Semula
IV. Notis
a. Promosi
b. Maklumat Perunding Takaful Anda
c. Pemberitahuan
V. Resit
a. eResit
b. Slip pengesahan pembayaran serta merta
Lain lain (Khusus untuk Produk KWSP)
a. Kemas kini Butiran Peribadi
b. Tukar Penamaan (Hanya untuk PruBSN Lindung Famili & PruBSN Cegah Famili)
c. Batal Sijil (Hanya untuk PruBSN Lindung Famili & PruBSN Cegah Famili)
d. Serahan Sijil (Hanya untuk PruBSN Lindung Famili & PruBSN Cegah Famili)
3. Mengapakah ciri Penyerahan Tuntutan, Penjejak Status Tuntutan, Papan Pemuka Dana dan Cari Penyedia Penjagaan Kesihatan tidak tersedia dalam PRUServices?
Ciri Penyerahan Tuntutan, Penjejak Status Tuntutan, Papan Pemuka Dana dan Cari Penyedia Penjagaan Kesihatan masih didalam proses pembangunan dan akan diperkenalkan dalam fasa penambahbaikan akan datang.
4. Bolehkah saya melihat dan menguruskan polisi PAMB saya didalam PRUServices?
Tidak, PRUServices hanya boleh digunakan untuk menguruskan sijil PruBSN sahaja dan tidak menyokong polisi PAMB. Jika anda mempunyai polisi atau sijil dengan PAMB dan PBTB, sila log masuk ke URL berasingan untuk melihat dan mengemas kini maklumat anda.
5. Apakah bahasa yang disokong oleh PRUServices?
PRUServices tersedia dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
6. Adakah aplikasi mudah alih untuk PRUServices akan diperkenalkan?
Ya. Aplikasi mudah alih akan diperkenalkan dalam fasa penambahbaikan akan datang.
7. Apakah versi minimum pelayar web yang diperlukan untuk mengakses PRUServices?
Versi/spesifikasi minimum pelayar web yang diperlukan bagi kedua-dua platform mudah alih dan desktop untuk mengakses PRUServices adalah seperti berikut:
Pelayar Desktop & Mudah Alih
I. Microsoft Edge versi 143 dan ke atas
II. Google Chrome versi 144 dan ke atas
III. Mozilla Firefox versi 146 dan ke atas
IV. Safari versi 18.6 dan ke atas
Pengurusan Akaun
Akses Akaun
1. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar akaun PRUServices?
Sila ikuti langkah langkah berikut untuk mendaftar akaun dan mengakses PRUServices:

Langkah 1: Layari portal PRUServices di https://pruservices.prubsn.com.my

Langkah 2: Klik pada “Daftar akaun”

Langkah 3: Masukkan No. Kad Pengenalan atau Pasport/Lain‑lain

Langkah 4: Pilih saluran untuk menerima OTP (e‑mel atau SMS). OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit atau alamat e‑mel yang didaftarkan dengan PruBSN.

Langkah 5: Masukkan OTP yang diterima

Langkah 6: Tetapkan nama pengguna menggunakan alamat e‑mel semasa atau daftar yang baharu

Langkah 7: Daftar kata laluan mengikut kriteria yang ditetapkan

Langkah 8: Klik “Daftar akaun saya” untuk melengkapkan pendaftaran PRUServices.
Anda kemudian akan dibawa ke halaman utama.
Nota: Kami menggunakan proses pengesahan dua langkah (kata laluan dan OTP) sebagai langkah keselamatan tambahan untuk melindungi akaun anda daripada akses tanpa kebenaran.
2. Bolehkah saya menggunakan butiran log masuk PruBSN Touch saya untuk mengakses PRUServices?
Tidak. PruBSN Touch dan PRUServices adalah platform yang berbeza. Anda perlu mendaftar akaun baharu dengan butiran log masuk yang berasingan untuk mengakses PRUServices.
3. Adakah saya perlu mendaftar akaun menggunakan alamat e mel yang berdaftar dengan PruBSN?
Alamat e mel diperlukan untuk mendaftar dan mengakses akaun PRUServices. Walau bagaimanapun, alamat e mel tersebut tidak semestinya yang berdaftar dengan PruBSN. Semasa pendaftaran akaun, anda akan diberi pilihan sama ada untuk menggunakan alamat e mel yang didaftarkan dengan PruBSN atau memberikan alamat e mel yang berbeza. Jika anda memilih untuk menggunakan alamat e mel yang berbeza, ia akan menggantikan alamat e mel sedia ada dalam rekod kami dan digunakan untuk semua komunikasi pada masa hadapan.
4. Siapakah yang layak untuk mendaftar akaun PRUServices?
Hanya Pemilik Sijil PruBSN (Peserta Individu) yang layak mendaftar akaun PRUServices. Anda hanya perlu mendaftar akaun menggunakan no. kad pengenalan atau pasport untuk memautkan sijil anda.
5. Siapakah yang boleh mengakses maklumat sijil dan melakukan transaksi dalam PRUServices?
Hanya Pemilik Sijil PruBSN (Peserta) yang telah mencipta akaun PRUServices dan berjaya memautkan sijil mereka boleh melihat maklumat sijil dan melakukan transaksi didalam PRUServices.
6. Adakah terdapat mana-mana negara yang aksesnya kepada PRUServices disekat?
Ya. Akses kepada PRUServices disekat di beberapa buah negara tertentu disebabkan peraturan rentas sempadan. Berikut adalah senarai negara dimana akses kepada PRUServices kini sekat:
• Cuba
• Iran
• North Korea
• Syria
• Ukraine
• Russia
• Belarus
• Israel
• Japan
• USA
• China
• Canada
• France
• Spain
Kata Laluan Sekali (OTP)
1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima Kata Laluan Sekali (OTP) melalui telefon bimbit atau e mel semasa proses pendaftaran akaun?
Pertama sekali, sila pastikan bahawa anda telah mendaftarkan nombor telefon bimbit atau alamat e mel anda dengan PruBSN. Sekiranya nombor telefon bimbit atau alamat e mel anda salah atau tidak didaftarkan dengan PruBSN, anda tidak akan dapat menerima OTP.
Bagi nombor telefon bimbit, anda boleh menyemak dan menyahsekat tetapan kod pendek SMS pada telefon bimbit anda. Anda juga boleh meminta OTP baharu dengan klik ‘Dapatkan OTP Baharu’ selepas tempoh 120 saat tamat.
Sekiranya anda telah melakukan kesemua langkah-langkah di atas tetapi masih tidak menerima OTP, sila hubungi Khidmat Pelanggan PruBSN untuk bantuan lanjut.
2. Saya telah menukar nombor telefon bimbit atau alamat e mel melalui ejen atau khidmat pelanggan. Bolehkah saya menerima OTP serta merta untuk pendaftaran akaun atau log masuk?
Anda boleh melakukan pendaftaran akaun atau log masuk pada hari berikutnya setelah nombor telefon bimbit atau alamat e mel baharu anda dikemas kini dalam pangkalan
Log Masuk
1. Bolehkah saya log masuk ke PRUServices sekiranya saya tidak mempunyai alamat e mel?
Tidak. Anda tidak akan dapat log masuk kerana pendaftaran akaun PRUServices memerlukan alamat e mel.
2. Berapakah bilangan percubaan log masuk yang gagal dibenarkan sebelum akaun saya dikunci?
Bagi tujuan keselamatan, akaun PRUServices anda dibenarkan sehingga 5 percubaan berturut turut yang gagal menggunakan kata laluan atau OTP. Pada percubaan gagal yang ke 6, akaun anda akan dikunci sementara bagi tempoh 15 minit.
Selepas tempoh kunci 15 minit tamat, anda boleh:
• Cuba log masuk semula, atau
• Klik ‘Terlupa Kata Laluan?’ untuk menetapkan semula kata laluan anda
Langkah keselamatan ini bertujuan untuk melindungi akaun anda daripada akses tanpa kebenaran.
3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlupa alamat e mel untuk log masuk?
Sekiranya anda terlupa alamat e mel yang digunakan untuk akaun PRUServices, anda boleh mendapatkan semula nama pengguna dengan mengikuti langkah langkah berikut:
Langkah 1: Pada halaman log masuk PRUServices, klik ‘Terlupa Nama Pengguna?’
Langkah 2: Masukkan No. kad pengenalan atau Pasport dan klik ‘Teruskan’
Langkah 3: Masukkan OTP yang dihantar ke alamat e mel anda
Langkah 4: Masukkan kata laluan baharu dan pastikan ia memenuhi kriteria berikut:
a. Panjang 8 hingga 16 aksara
b. Mengandungi sekurang kurangnya 1 nombor
c. Mengandungi kedua-dua huruf besar dan huruf kecil
d. Mengandungi sekurang kurangnya 1 aksara khas daripada !@#$%^&+=
5. Berapa lamakah tempoh saya kekal log masuk jika tiada aktiviti?
Sesi log masuk anda akan kekal aktif selama 15 minit. Sekiranya tiada aktiviti dikesan dalam tempoh tersebut, akaun anda akan dilog keluar secara automatik.
Pembayaran
Buat Pembayaran
1. Apakah kaedah pembayaran yang boleh saya gunakan dalam PRUServices?
I. Jika anda membuat pembayaran sahaja, anda boleh menggunakan kaedah berikut:
a. Visa atau MasterCard (Kad Kredit atau Debit)
Nota: American Express (Amex) tidak diterima
b. Perbankan Dalam Talian (FPX)
c. E dompet (Boost, GrabPay dan Touch ’n Go)
II. Jika anda membuat pembayaran berserta pendaftaran untuk pemotongan secara automatik, anda hanya boleh menggunakan Visa atau MasterCard (Kad Kredit atau Debit) sahaja.
2. Apakah jenis pembayaran yang boleh saya lakukan melalui PRUServices?
Anda boleh membuat pembayaran berikut melalui PRUServices:
a. Caruman Berkala
b. Bayaran Pengaktifan Semula Automatik (dalam tempoh 28 hari dari tarikh luput)
c. Bayaran Pendahuluan
3. Bolehkah saya menggunakan kad kredit atau debit yang dikeluarkan oleh bank luar negara?
Ya, anda boleh menggunakan kad debit atau kredit Visa dan MasterCard yang dikeluarkan oleh bank luar negara untuk membuat pembayaran. Walau bagaimanapun, kejayaan pembayaran bergantung kepada polisi pembayaran rentas sempadan yang ditetapkan oleh pengeluar kad anda.
4. Bolehkah saya menyimpan butiran kad bayaran untuk kegunaan masa hadapan?
Ya, anda boleh memilih untuk menyimpan butiran kad bayaran anda semasa proses pembayaran. Namun, ini bukanlah pendaftaran untuk pemotongan secara automatik bagi bayaran caruman pada masa hadapan.
5. Bolehkah saya membuat bayaran caruman pendahuluan untuk sijil saya melalui PRUServices?
Ya, anda boleh membuat bayaran caruman pendahuluan sehingga 12 bulan dari tarikh semasa.
6. Bolehkah saya membuat beberapa transaksi pembayaran bagi sijil yang sama pada hari yang sama?
Ya, anda boleh membuat beberapa transaksi pembayaran bagi sijil yang sama pada hari yang sama.
7. Sebagai pemilik sijil (Peserta), bolehkah saya membayar semua sijil anak anak saya dalam satu transaksi?
Ya boleh, dengan syarat anda merupakan pemilik sijil anak anak anda. Sila layari halaman utama PRUServices, klik ‘Buat Pembayaran’, dan pilih semua sijil yang ingin dibayar. Jumlah keseluruhan akan dikira secara automatic untuk anda.
8. Bagaimanakah saya boleh mengetahui jika pembayaran saya berjaya?
Setelah pembayaran selesai, anda akan bawa ke halaman pengesahan status pembayaran. Skrin pengesahan ‘Pembayaran Berjaya’ berserta butiran pembayaran anda akan dipaparkan. Masa pemprosesan pembayaran adalah seperti berikut:
a. Pembayaran sebelum jam 10 malam:
Akan diproses dan dikemas kini di PRUServices dalam tempoh 1 hari bekerja
b. Pembayaran selepas jam 10 malam:
Akan diproses dan dikemas kini di PRUServices dalam tempoh 2 hari bekerja
9. Adakah slip pengesahan pembayaran atau e Resit akan dikeluarkan dalam PRUServices?
Ya, slip pengesahan pembayaran akan dikeluarkan serta merta selepas pembayaran berjaya. Anda boleh memuat turunnya dari halaman pengesahan status pembayaran atau melalui Sejarah Pembayaran.
e Resit pula akan dikeluarkan dalam tempoh 48 jam selepas pembayaran dibuat. Anda boleh memuat turun melalui Dokumen → Resit.
Nota: Pembayaran melalui potongan secara automatik tidak akan dikeluarkan eResit dibawah proses semasa.
Bayar Untuk Keluarga
1. Apakah itu ‘Bayar untuk Keluarga’?
Bayar untuk Keluarga ialah ciri pembayaran yang membolehkan anda untuk menambah dan menguruskan sehingga 50 sijil ahli keluarga terdekat dalam akaun PRUServices anda. Sijil sijil ini akan disimpan dalam senarai pembayaran anda, membolehkan anda membuat pembayaran bagi pihak ahli keluarga serta mendaftar potongan secara automatik menggunakan kad kredit atau debit Visa atau MasterCard walaupun anda bukan pemilik sijil (Peserta).
Ahli keluarga termasuk pasangan (suami/isteri), ibu bapa, datuk nenek, adik beradik, cucu, penjaga sah, anak saudara, bapa tiri, ibu tiri, anak tiri, pak cik, mak cik dan sepupu.
2. Berapakah bilangan sijil yang boleh saya bayar di bawah ciri Bayar untuk Keluarga?
Anda boleh membuat pembayaran sehingga maksimum 5 sijil dalam satu transaksi. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada 5 sijil untuk dibayar, anda perlu mengulangi proses pembayaran tersebut. Sijil sijil ini boleh dipilih daripada senarai sehingga 50 sijil ahli keluarga yang telah anda tambah dan simpan sebagai Pilihan ❤️ dalam akaun PRUServices anda.
3. Bagaimanakah saya boleh mengetahui jika pembayaran saya berjaya?
Setelah pembayaran selesai, anda akan bawa ke halaman pengesahan status pembayaran. Skrin pengesahan ‘Pembayaran Berjaya’ berserta butiran pembayaran anda akan dipaparkan. Masa pemprosesan pembayaran adalah seperti berikut:
a. Pembayaran sebelum jam 10 malam:
Akan diproses dan dikemas kini di PRUServices dalam tempoh 1 hari bekerja
b. Pembayaran selepas jam 10 malam:
Akan diproses dan dikemas kini di PRUServices dalam tempoh 2 hari bekerja
4. Adakah slip pengesahan pembayaran atau e Resit akan dikeluarkan sekiranya saya membayar bagi pihak ahli keluarga?
Ya. Slip pengesahan pembayaran akan dikeluarkan serta merta setelah pembayaran berjaya dilakukan. Anda boleh memuat turunnya daripada halaman pengesahan status pembayaran atau melalui Sejarah Pembayaran.
Sementara itu, e Resit akan dikeluarkan dalam akaun PRUServices ahli keluarga tersebut (cth. akaun pemilik sijil) dalam tempoh 48 jam. e Resit tersebut tidak akan dipaparkan dalam akaun anda sekiranya anda bukan pemilik sijil.
Daftar untuk Pemotongan Auto
1. Apakah itu ‘Daftar untuk Pemotongan Auto’ dalam PRUServices?
‘Daftar untuk Pemotongan Auto’ ialah ciri yang membolehkan anda mendaftarkan kad kredit atau debit Visa atau MasterCard, atau Debit Terus daripada akaun bank anda, bagi membolehkan pemotongan pembayaran caruman berulang secara automatik untuk sijil anda.
2. Bolehkah saya mendaftar pemotongan secara automatik menggunakan kad kredit atau debit yang dikeluarkan oleh bank luar negara?
Ya, anda boleh mendaftar menggunakan kad debit atau kredit Visa dan MasterCard yang dikeluarkan oleh bank luar negara, kecuali American Express. Walau bagaimanapun, kejayaan pendaftaran dan penerimaan pembayaran bergantung kepada polisi pembayaran rentas sempadan pengeluar kad anda.
3. Adakah sebarang caj akan dikenakan untuk pendaftaran pemotongan secara automatik melalui ciri ini?
Ya, caj akan dikenakan bergantung kepada kaedah pembayaran yang digunakan semasa pendaftaran:
Kad kredit/debit Visa atau MasterCard: Caj sebanyak RM5 akan dikenakan dan jumlah ini akan digunakan sebagai sebahagian daripada bayaran caruman seterusnya.
Debit Terus daripada akaun bank: Caj sebanyak RM1 akan dikenakan untuk tujuan pengesahan dan jumlah ini akan dipulangkan semula ke akaun bank anda.
4. Bolehkah saya mendaftarkan pemotongan caruman berulang untuk beberapa sijil dalam satu transaksi?
Ya, anda boleh mendaftarkan pemotongan caruman berulang untuk beberapa sijil dalam satu transaksi.
Ubah Kekerapan Pembayaran
1. Apakah itu ‘Ubah Kekerapan Pembayaran’?
‘Ubah Kekerapan Pembayaran’ ialah ciri yang membolehkan anda mengubah kekerapan pembayaran sijil anda berdasarkan keutamaan dan terma sijil tersebut. Anda boleh memilih untuk mengubah:
-
daripada kekerapan lebih tinggi kepada kekerapan lebih rendah (contoh: bulanan ke tahunan), atau
-
daripada kekerapan lebih rendah kepada kekerapan lebih tinggi (contoh: tahunan ke bulanan).
2. Adakah bayaran caruman diperlukan jika saya menukar kekerapan pembayaran?
Ya, keperluan bayaran Adalah bergantung kepada arah perubahan kekerapan:
-
Mengubah kekerapan daripada tinggi kepada rendah (contoh: bulanan ke tahunan): Anda dikehendaki membayar jumlah penuh caruman sehingga tarikh ulang tahun sijil seterusnya sebelum perubahan berkuat kuasa.
-
Mengubah kekerapan daripada rendah kepada tinggi (contoh: tahunan ke bulanan): Tiada bayaran caruman diperlukan dan perubahan akan berkuat kuasa serta merta.
3. Bolehkah saya membayar baki caruman (jika ada) untuk perubahan kekerapan pembayaran melalui PRUServices?
Ya, anda boleh membayar baki caruman yang diperlukan (jika ada) semasa permohonan Ubah Kekerapan Pembayaran melalui PRUServices menggunakan kaedah berikut:
-
Kad kredit/debit Visa atau MasterCard
-
Perbankan Dalam Talian (FPX)
Sejarah Pembayaran
1. Bolehkah saya melihat atau memuat turun semua rekod sejarah pembayaran sijil saya dalam PRUServices?
Ya, anda boleh melihat dan memuat turun semua rekod sejarah pembayaran sijil anda dalam PRUServices. Ini termasuk transaksi pembayaran yang berjaya dan tidak berjaya melalui semua kaedah pembayaran.
2. Berapa lama rekod sejarah pembayaran tersedia dalam PRUServices?
Anda boleh melihat dan memuat turun rekod sejarah pembayaran sehingga 1 tahun dalam PRUServices.
Kesihatan
Lihat e Kad Perubatan
1. Di manakah saya boleh melihat dan memuat turun e Kad Perubatan dalam PRUServices?
Ikuti langkah langkah berikut:
I. Pergi ke halaman utama PRUServices
II. Klik menu Kesihatan
III. Pilih Lihat e Kad Perubatan
IV. Imej e Kad Perubatan bagi semua sijil akan dipaparkan
V. Gunakan butang Depan dan Belakang untuk melihat kedua dua bahagian imej e-kad perubatan
VI. Klik Muat Turun untuk menyimpan imej e Kad Perubatan ke peranti anda
2. Adakah terdapat had bilangan untuk saya memuat turun e Kad Perubatan?
Tidak. Tiada had ditetapkan dan anda boleh memuat turun e Kad Perubatan anda sebanyak mana yang diperlukan.
3. Adakah saya perlu menunjukkan e Kad Perubatan semasa kemasukan ke hospital?
Tidak. Anda tidak perlu menunjukkan e Kad Perubatan semasa kemasukan ke hospital. e Kad Perubatan berfungsi untuk memudahkan anda menyemak pelan perubatan, termasuk nama pelan dan nombor sijil. Walau bagaimanapun, anda perlu menunjukkan kad pengenalan untuk tujuan pengesahan di kaunter kemasukan dan pelepasan hospital.
Dokumen
Lihat & Muat Turun Dokumen
1. Di manakah saya boleh melihat dan memuat turun dokumen dalam PRUServices?
Anda boleh mengakses dokumen anda dalam PRUServices melalui salah satu cara berikut:
-
Dari Menu Utama, klik Dokumen, atau
-
Pergi ke Perkhidmatan Popular → Lihat Dokumen
Setelah berada di bahagian Dokumen, anda boleh saring dokumen berdasarkan pilihan berikut:
I. Kategori Dokumen
II. Tarikh atau Tempoh
III. Nombor Sijil
IV. Jenis Dokumen
2. Bagaimanakah cara untuk melihat Penyata Tahunan bagi sijil saya?
Ikuti langkah langkah berikut:
I. Pilih Penyata di bawah Kategori Dokumen
II. Pilih tempoh dokumen yang dikehendaki
III. Pilih nombor sijil yang berkaitan
IV. Di bawah Jenis Dokumen, pilih Penyata Tahunan
V. Dokumen anda akan disaring dan hanya Penyata Tahunan akan dipaparkan
VI. Klik Papar untuk membuka dokumen dalam tab baharu
3. Bagaimanakah cara untuk melihat dan memuat turun Penyata Sumbangan Takaful Keluarga (FTCS)?
Ikuti langkah langkah berikut:
I. Pilih Penyata di bawah Kategori Dokumen
II. Pilih tempoh dokumen yang dikehendaki
III. Pilih nombor sijil yang berkaitan
IV. Di bawah Jenis Dokumen, pilih Untuk Penyerahan Cukai Pendapatan
V. Dokumen anda akan disaring dan hanya Penyata Takaful Caruman Keluarga (FTCS) akan dipaparkan
VI. Klik Papar untuk membuka dokumen dalam tab baharu
4. Berapa tahun penyata tersedia didalam PRUServices?
Penyata tersedia untuk tempoh 7 tahun yang terkini.
5. Bolehkah saya melihat dokumen e Sijil dan slip pengendorsan dalam PRUServices?
Ya, anda boleh melihat dokumen e Sijil dan slip pengendorsan dalam PRUServices bagi dokumen yang dikeluarkan pada atau selepas 1 Julai 2016. Anda boleh layar ke Dokumen → e Sijil → tapis mengikut ‘Sepanjang Masa’.
6. Berapa lama surat yang tersedia didalam PRUServices?
Anda boleh melihat surat dan notifikasi bagi tempoh 7 tahun yang terkini.
7. Bolehkah saya melihat e Resit saya?
Ya, anda boleh melihat e Resit di bawah kategori ‘Resit’.
Nota: Ini hanya terpakai untuk sijil yang menyokong e Resit. Pembayaran melalui potongan berulang secara automatik tiada e Resit akan dikelurkan di bawah proses semasa.
Maklumat Sijil
Paparan Sijil
1. Di manakah saya boleh melihat gambaran keseluruhan maklumat sijil saya dalam PRUServices?
Di halaman utama PRUServices, pergi ke bahagian sijil dan klik ‘Lihat Sijil’ pada sijil yang ingin disemak. Anda akan dibawa ke halaman maklumat sijil yang merangkumi Rumusan, Manfaat, Pembayaran, Nilai dan Butiran Dana (Butiran Dana hanya terpakai untuk sijil berkaitan pelaburan).
2. Di manakah saya boleh melihat butiran Penamaan dalam PRUServices?
Di halaman utama PRUServices, pergi ke bahagian sijil dan klik ‘Lihat Sijil’. Pada halaman Rumusan, anda boleh melihat butiran Penamaan di bawah bahagian Butiran Penamaan/Pemegang Amanah/Badal Haji.
Tukar Butiran Hubungan
1. Apakah itu Tukar Butiran Hubungan dalam PRUServices?
Dibawah ciri Tukar Butiran Hubungan, anda bolehk mengemas kini butiran hubungan berikut:
a. Nombor telefon bimbit
b. Alamat e mel
c. Nombor telefon kediaman (jika ada), nombor telefon perniagaan (jika ada) dan alamat kediaman
d. Alamat surat menyurat
Peringatan:
Bagi memastikan anda menerima semua kemas kini dan notifikasi penting berkaitan sijil anda, sila pastikan maklumat perhubungan anda sentiasa dikemas kini.
2. Bolehkah saya mengemas kini alamat surat menyurat yang berbeza untuk setiap sijil?
Ya, anda boleh mengemas kini alamat surat menyurat yang berbeza bagi setiap sijil melalui PRUServices. Untuk mengakses ciri ‘Tukar Butiran Hubungan’, ikuti salah satu cara berikut:
a. Halaman utama → Ikon Profil, atau
b. Halaman utama → Perkhidmatan Popular → Tukar Butiran Hubungan
Kemaskini Butiran Bank
1. Adakah saya perlu mengemas kini butiran bank saya?
Ya, anda dikehendaki mengemas kini maklumat bank anda bagi menerima sebarang bayaran dimasa hadapan daripada PruBSN (contohnya bayaran tuntutan). Untuk mengakses ciri ‘Kemas Kini Butiran Bank’, ikuti salah satu cara berikut:
-
Halaman utama → Menu Utama Pembayaran → Kemas Kini Butiran Bank
-
Halaman utama → Profil → Tetapan Pembayaran
-
Halaman utama → ’Lihat Lagi’ Perkhidmatan Popular → Kemas Kini Butiran Bank
2. Adakah saya perlu memberikan butiran akaun bank bagi setiap sijil jika saya mempunyai lebih daripada satu sijil?
Anda boleh memilih sama ada untuk mengemas kini butiran akaun bank yang sama bagi semua sijil atau butiran akaun bank yang berbeza bagi setiap sijil. Jika anda memilih untuk menggunakan butiran yang sama, ia boleh dilakukan dalam satu transaksi.
3. Bolehkah saya mengemas kini butiran bank walaupun status sijil saya Tidak Aktif?
Ya, anda boleh mengemas kini butiran akaun bank walaupun status sijil anda Tidak Aktif supaya anda boleh menerima sebarang bayaran yang layak pada masa hadapan.
4. Bolehkah saya mengemas kini butiran bank menggunakan akaun bank luar negara?
Tidak. Akaun bank mestilah diselenggara oleh institusi kewangan di Malaysia yang menyokong perkhidmatan MEPS dan Interbank Giro (IBG).
