Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Tip Takaful

Tip Kekal Cergas & Sihat di Bulan Ramadan

seorang perempuan bersenam

Ramadan adalah salah satu bulan paling istimewa dalam kalendar Islam. Semasa bulan mulia ini, orang Islam akan berpuasa dari terbit fajar hingga matahari terbenam tanpa makan dan minum sepanjang tempoh itu. Tetapi, Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Orang Islam juga digalakkan untuk menjadi lebih sabar, melakukan lebih banyak amal ibadat, bersedekah dan juga mengukuhkan hubungan silaturahim sesama manusia.

Bagi kebanyakan daripada kita, hidup berjalan seperti biasa walaupun kita berpuasa. Kita boleh keluar bekerja, belajar, mengemas rumah tetapi kekurangan tenaga sering kali menjadi alasan kita untuk tidak bersenam. Di samping itu, kita merasakan diri kita patut diberi ganjaran berbentuk makanan kegemaran kita setelah seharian menahan lapar dan dahaga. Dengan kepelbagaian juadah istimewa bulan Ramadan yang dijual di bazar dan pilihan hidangan bufet buka puasa yang ditawarkan, memang mudah untuk kita berasa tergoda.

Penting untuk kita kekal cergas dan sihat sepanjang bulan Ramadan. Makanan yang mencukupi dan bergerak aktif memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan rutin harian kita, membantu kita menumpukan perhatian semasa bekerja dan menyertai aktiviti-aktiviti bulan Ramadan yang istimewa seperti solat tarawih atau menunaikan ibadah Qiyamullail. Walau bagaimana pun, hal ini tidak bermaksud anda perlu melakukan senaman berat di gimnasium atau membakar seribu kalori sehari. Anda perlu mencari keseimbangan antara menunaikan ibadah semasa bulan Ramadan dan memastikan diri anda kekal sihat serta aktif. Oleh itu, kami ada beberapa idea untuk membantu anda bersenam sepanjang bulan puasa ini.

Lakukan senaman yang betul
Sama anda kaki kecergasan yang suka bersenam atau malas bersenam, bulan Ramadan mempengaruhi tenaga dan fungsi badan anda. Jika anda ingin terus bersenam atau mula bersenam semasa bulan puasa, anda perlu melakukan senaman yang betul untuk memastikan anda tidak terlalu penat.

  • Lakukan senaman ringan untuk beberapa hari pertama sehingga badan anda sudah terbiasa dengan kadar tenagan baharu anda.

  • Jangan mulakan rutin senaman baharu, khususnya yang menggunakan tenaga yang banyak. Elakkan daripada menaikkan tahap kesukaran latihan senaman kebiasaan anda kerana otot anda mungkin tidak cukup kuat untuk melakukannya.

  • Jika anda tidak bersenam dan ingin bermula semasa bulan Ramadan, mulakan dengan senaman ringan dan mudah. Keluar berjalan atau bermeditasi.

  • Kemerosotan jisim otot boleh berlaku semasa bulan Ramadan. Senaman latihan ketahan seperti cangkung, tekan tubi dan mengangkat berat sederhana boleh membantu dalam mengekalkan jisim otot.

  • Melakukan senaman kardio keamatan rendah seperti jalan laju, berenang di kolam renang, menggunakan mesin dayung atau mesin langkah atau senaman lain yang takkan buat anda berpeluh dengan banyak.

  • Selangkan hari senaman anda atau tambahkan satu atau dua hari rehat antara sesi.

 

Bersenam pada masa yang betul
Bersenam pada masa yang betul sangat penting semasa bulan Ramadan. Nasib baik, tempoh berpuasa dan tidak berpuasa agak seimbang di Malaysia. Oleh itu, anda mempunyai banyak masa terluang untuk bersenam.

  • Lakukan senaman ringan pada waktu siang.

  • Jika anda bangun awal, bangun sejam lebih awal untuk bersenam sebelum bersahur. Lakukan senaman berat anda ketika itu kerana anda dapat mengembalikan tenaga anda dan paras air dalam badan kemudian.

  • Bersenam sebaik saja membuka puasa dengan sesuatu yang ringan (seperti kurma dan air). Elakkan daripada bersenam sebaik saja selepas makan kerana badan anda perlukan masa untuk menghadamkan makanan.

  • Jika anda biasa bersenam dengan perut kosong, anda boleh bersenam sebelum membuka puasa. Begini, anda boleh mengembalikan tenaga anda selepas itu.

  • Jika anda suka berjaga malam, anda boleh bersenam selepas solat tarawih. Kebanyakan senaman akan membuat jantung anda berdegup lebih kencang dan buat anda tidak mengantuk. Jadi, peruntukkan masa selama sejam atau dua jam untuk berehat sebelum masuk tidur.

 

Peka pada perubahan badan anda
Badan kita berfungsi secara berbeza semasa bulan Ramadan. Kita juga mempunyai komitmen yang berbeza pada bulan istimewa ini. Ubah suai rutin dan tempoh senaman anda agar anda kekal aktif tanpa memaksa diri yang bersesuaian dengan masa anda.

  • Jika anda penat, jangan paksa diri anda. Berehat lebih lama antara sesi senaman berlitar.

  • Sentiasa konsisten. Jika anda selalu bersenam, teruskan bersenam. Jika anda tidak selalu bersenam, bulan Ramadan bukanlah masa yang sesuai untuk mula bersenam.

  • Dapatkan tidur yang cukup.

 

Makan dan minum dengan betul
Makan dan minum dengan betul membantu anda kekal sihat sepanjang bulan Ramadan. Anda juga mendapat makanan mencukupi untuk mengekalkan tenaga anda semasa bersenam. Di samping itu, anda juga mudah tergoda untuk makan secara berlebihan kerana pelbagai pilihan juadah istimewa yang dijual semasa bulan Ramadan.

  • Jangan lupa bersahur.

  • Makan dengan cukup untuk mengembalikan tenaga anda.

  • Mudah untuk anda makan secara berlebihan bila anda lapar tetapi makanan yang dihadam lebih lambat seperti bijirin penuh dan protein akan buat anda kenyang lebih lama.

  • Minum air yang mencukupi tapi jangan minum sekaligus. Badan anda memerlukan masa untuk menyerap air itu. Minum secara berkala berbanding minum satu atau dua liter sekaligus.

  • Makan vitamin dan suplemen untuk cetusan tenaga tambahan.

 

Pantau aktiviti anda
Terdapat beberapa aplikasi yang membantu anda memantau dan menjejak tahap kecergasan anda.

Pulse by Prudential sangat unik. Selain daripada penjejak BMI dan pemantau aktiviti, Pulse juga menyediakan penilaian kesihatan yang lengkap menggunakan teknologi AI. Pulse juga menyediakan cabaran kesihatan, panduan makanan sihat dan kandungan berkaitan kesihatan untuk anda. Di samping itu, Pulse juga memenuhi keperluan kerohanian anda melalui PRUIman yang mengandungi navigasi masjid, waktu solat, koleksi doa dan menghubungkan anda dengan komuniti Gaya Hidup Islamik. Jika anda anda ingin menerokai lagi gaya hidup Islamik yang sihat, cubalah My Iman, suatu ciri berasaskan langganan berpatutan yang menghubungkan anda dengan pakar diet serta resipi-resipi yang pastinya membantu anda sepanjang bulan Ramadan ini. Kalkulator Zakat juga tersedia jadi senanglah untuk anda membuat pengiraan Zakat Fitrah selain itu kemudahan kalkulator faraid juga memudahkan pengagihan aset kepada ahli keluarga anda. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai PRUIman dan My Iman, muat turun Pulse by Prudential hari ini.

Walaupun kita perlu kekal aktif sepanjang bulan puasa, tetapi lebih penting lagi untuk mengingati tujuan sebenar bulan yang mulia ini. Bulan Ramadan ialah bulan ketenangan, kesabaran dan penerimaan. Bulan ini bukanlah masa untuk anda menjaga rupa fizikal anda. Jangan fikir mengenai pengambilan kalori dan kadar pembakaran anda sekarang. Anda masih boleh melakukan rejim kecergasan kebiasaan anda selepas menunaikan ibadah berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadan.

Kami di PruBSN mengharapkan Ramadan kali ini membawa keberkatan, perlindungan dan kesihatan kepada anda.