Pendapat Perubatan Kedua disediakan kepada Orang yang Dilindungi bagi Pelan Medikal PruBSN yang terpilih (sila rujuk manfaat sijil anda) secara percuma, melalui perkhidmatan pihak ketiga yang telah dilantik oleh kami.
Jika Orang yang Dilindungi telah didiagnosis dengan Penyakit Kritikal, Orang yang Dilindungi layak untuk menerima Pendapat Perubatan Kedua daripada pakar perubatan seluruh dunia tanpa perlu melakukan perjalanan ke luar negara. Pesakit boleh mengajukan pelbagai soalan dan menyatakan keraguan mengenai keadaan kesihatan semasa mereka. Orang yang Dilindungi juga akan menerima laporan perubatan daripada pakar perubatan mengenai keadaan kesihatan mereka dan pakar perubatan akan memberikan pendapat serta mencadangkan rawatan alternatif kepada pesakit.
Perkhidmatan ini bukan hanya untuk penyakit kritikal yang mengancam nyawa, tetapi merangkumi juga keadaan yang boleh mempengaruhi kualiti hidup dengan ketara.