Boleh tetapi pelanggan perlu membayar untuk perkhidmatan ini seperti caj di soalan nombor 17.
Soalan-soalan Lazim
Perkhidmatan pemeriksaan perubatan ‘Mobile’ ialah perkhidmatan kesihatan bergerak.
Penyedia perkhidmatan akan menghantar pegawai perubatan mengikut masa dan lokasi pilihan pelanggan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan
Terbuka untuk semua pelanggan yang layak dengan sumbangan melebihi RM20,000 ACI (Single Contribution Top-up dikecualikan dari perkhidmatan ini).
Pengesahan kelayakan boleh dirujuk di dalam surat “Agent’s Notification”. Pengesahan dalam “Agent’s Notification” bentuk ayat seperti di bawah:
“Person(s) proposed above is/are entitled for Mobile Medical Examination services. Please register at https://www.prubsn.com.my/en/mobileme and upload this letter upon registration. Services available are limited to medical examination, blood test, urine test, and resting ECG only.”
Jika tiada ayat di atas, pelanggan tidak layak untuk perhidmatan in secara ‘cashless’ dan perlu bayar untuk pemeriksaan perubatan.
Pemeriksaan perubatan boleh dilakukan di mana-mana lokasi pilihan pelanggan. Namun, Lokasi yang dipilih haruslah melindungi privasi dan memberi keselesan kepada pelanggan, contohnya dirumah mereka.
Panel penyedia perkhidmatan Pemeriksaan Perubatan ‘Mobile’ adalah: Qualitas.
Qualitas Health: Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum), dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang
Qualitas: Di seluruh negara (kecuali perkhidmatan tidak disediakan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah & Sarawak)
Anda harus membuat temujanji sekurang-kurangnya 48 jam sebelum masa temujanji.
Penyedia perkhidmatan akan menghubungi agen/pelanggan dalam masa 24 jam untuk pengesahan temujanji melalui panggilan & e-mel.
Agen/pelanggan boleh membuat temujanji dalam talian melalui https://www.prubsn.com.my/en/mobileme.
Perkhidmatan yang disediakan adalah pemeriksaan perubatan (medical examination), ujian darah, ujian air kencing dan elektrokardiografi (ECG) sahaja.
Pihak Qualitas boleh membantu mengatur temujanji di klinik Qualitas terdekat yang menyediakan perkhidmatan atas dasar usaha terbaik. Sila beritahu pihak Qualitas semasa mengatur temujanji.
Selain itu, agen juga boleh membantu pelanggan untuk mengatur temujanji di panel klinik/ hospital terdekat.
Semasa pemeriksaan kesihatan, kami menggalakkan pelanggan ditemani saudara terdekat yang sama jantina terutamanya jika doktor yang menjalankan pemeriksaan adalah berlainan jantina.
Ya, pelanggan dibenarkan untuk memilih jantina doktor yang membuat pemerikasaan. Tertakluk terma dan syarat.
Tidak perlu. Namun sila pastikan pelanggan mempunyai dokumen-dokumen yang diperlukan oleh doktor untuk membuat pemeriksaan iaitu Doctor’s Notification Form, Blood test Profile & Consent form (mana-mana yang terpakai
Tidak perlu. pemeriksa perubatan akan menghantar laporan terus ke pejabat PruBSN.
Untuk pelanggan layak atau ‘cashless’: Perkhidmatan ini adalah kemudahan tanpa tunai & PruBSN akan membayar terus kepada penyedia perkhidmatan.
Untuk pelanggan bayar sendiri: Sila rujuk jadual di bawah:
| Harga Servis (RM) | |
|---|---|
Mobile House Visit Medical Examination by Medical Officer Inclusive of :
| RM250 |
Mobile House Visit Medical Examination by Medical Officer Inclusive of:
| RM345 |
Blood sample collection by Doctor | RM130 |
Urine sample collection by Doctor | RM130 |
| Resting ECG by Doctor | RM175 |
Blood sample Collection, Urine Sample Collection and Resting ECG by Doctor | RM300 |
Blood sample collection by Nurse | RM125 |
| Urine sample by Nurse | RM125 |
Resting ECG by Nurse (The reporting is by Doctor) | RM170 |
| Blood sample Collection, Urine Sample Collection and Resting ECG by Nurse | RM245 |
Additional charges for distance more than 30 KM from clinic to medical examination venue. | RM50 |
| Caj Servis tambahan | |
|---|---|
Cancelation Fee | Rm100 |
Pelanggan bayar sendiri perlu membayar penuh caj perkhidmatan Pemeriksaan Perubatan ‘Mobile’ menggunakan QR yg akan di berikan oleh pemeriksa perubatan selepas pemeriksaan berakhir. Pihak Qualitas akan emel resit kepada agen dan pelanggan.
Pelanggan perlu menghantar resit kepada PruBSN melalui emal medfees@prubsn.com.my untuk tuntutan dan bayaran balik tertakluk kepada piawai caj PruBSN seperti jadual bawah:
| Servis | Harga |
|---|---|
Medical Examination | RM 90.00 |
Medical examination by specialist | RM 170.00 |
Service charge (Blood collection) | RM 20.00 |
Service charge (Urine collection) | RM 10.00 |
| Resting electrocardiogram | RM 80.00 |
Anda boleh membatalkan/menjadual semula temujanji sekurang-kurangnya 3 jam sebelum masa temujanji. RM100 fi akan di kenakan kepada pembatalan atau pengubahan temujanji yang dibuat 3 jam sebelum masa temujanji. Kami mengalakkan sebarang pembatalan atau pengubahan temujanji dilakukan awal kerana ianya akan menyebabkan penambahan kos yang tidak diingini.
Fi pembatalan/pengubahan temujanji yang dibuat 3 jam sebelum temujanji akan dibayar oleh agen.
Untuk pertanyaan mengenai kelayakan dan keperluan ‘underwriting requirements’ sila hubungi PruBSN Customer Service di +603-20537188. Isnin hingga Jumaat: 8.30 pagi hingga 5.15 petang (Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup)
Qualitas: Untuk sebarang pertanyaan mengenai temujanji/pendaftaran.
Whatsapp: +6012-235 6550
Waktu Bekerja: Isnin hingga Jumaat (Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup), dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang