Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
PruBSN AnugerahPlus | Prudential BSN Takaful
Perlindungan

PruBSN AnugerahPlus

Pelan takaful patuh Syariah yang komprehensif ini menggabungkan perlindungan nyawa dan perubatan untuk penyakit kritikal, manfaat perubatan dan kemasukan ke hospital, kemalangan serta banyak lagi.

Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN AnugerahPlus

Dari serendah RM50 sebulan, anda dan orang tersayang boleh menuju ke arah masa depan kewangan yang lebih selamat dengan pelan perlindungan fleksibel ini yang merangkumi perlindungan untuk kematian atau hilang upaya kekal, serta faedah pilihan untuk penyakit kritikal seperti kanser, dan perlindungan perubatan menyeluruh tanpa had seumur hidup, bersama-sama dengan rawatan untuk kesihatan mental.

PruBSN AnugerahPlus juga boleh berfungsi sebagai pelan simpanan (melalui rider Takaful Saver), dengan sumbangan anda dilaburkan dalam dana berkaitan pelaburan yang diluluskan oleh Syariah yang anda pilih.

Penyelesaian menyeluruh dan berpatutan ini memastikan bahawa tanggungan anda, tanpa mengira hubungan darah mereka, akan mendapat perlindungan pendapatan yang mereka perlukan sekiranya berlaku apa-apa kepada anda dengan mudah.  

Perlindungan untuk penyakit kritikal dan kemasukan hospital.  

Anda mempunyai pilihan untuk mengubah suai  pelan anda bagi melindungi diri anda dari penyakit seperti  dan kos perubatan yang tinggi.

 Medic TotalCare

Menyediakan perlindungan hospital dan rawatan perubatan yang menyeluruh untuk menjaga keperluan kesihatan anda termasuk rawatan perubatan teknologi maju dan rawatan kesihatan mental, selain pelbagai manfaat rawatan pesakit luar dan manfaat tambah nilai yang lain.

 Crisis TotalCare

Dapatkan ketenangan minda yang menyeluruh apabila anda memiliki perlindungan penyakit kritikal komprehensif daripada Tahap Awal hingga Tahap Akhir serta keadaan istimewa tambahan lain yang melindungi sejumlah 166 keadaan.

Cancer Protector

Melindungi simpanan anda daripada kos rawatan kanser yang tinggi.

Maklumat produk

Terma Perlindungan dan Pembayaran

Tempoh Sumbangan

Sepanjang tempoh perlindungan

Sumbangan Minimum Bulanan

RM50

Umur Kelayakan

1 hingga 70 tahun (umur pada hari jadi akan datang)

Nota: Untuk umur tamat tempoh pada 70 tahun, usia kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada hari jadi akan datang.

Tamat Tempoh Perlindungan

Sehingga 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM10,000

Ciri-ciri

Mampu Milik
Tetapkan perlindungan mengikut bajet anda dari serendah RM50 sebulan.

Boleh Diubah Suai
Tambahkan rider-rider pilihan anda yang dapat memenuhi keperluan anda untuk perlindungan yang lebih menyeluruh.

Eksklusif
Menawarkan anda perlindungan, pelaburan dan peluang untuk pada masa yang sama.

Manfaat

Manfaat Matang

Baki dari Akaun Khas Individu (ISA).

Manfaat Kematian

Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:

a) Jumlah Perlindungan Asas; atau

b) Jumlah amaun dalam Akaun Khas Individu (ISA); ditambah dengan nilai unit di dalam (IUA) jika ada.

Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD)

Jumlah Risiko.

Nota: Amaun di mana jumlah perlindungan asas melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda. Sekiranya tiada lebihan daripada jumlah perlindungan yang melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda, jumlah risiko adalah sifar. Perlindungan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total and Permanent Disability, TPD) adalah sehingga umur 70 tahun dan tertakluk pada jumlah maksimum RM4 juta bagi setiap orang yang dilindungi.

Manfaat Tambahan

Accidental Protector Plus
Accidental Medical Protector
Parent Term
Crisis Shield
Crisis Protector
Crisis TotalCare
Cancer Protector
Medic Protector
Medic TotalCare
Income Protector
Contributor Protect
Contributor Saver
Contributor Spouse Protect
Contributor Spouse Saver
Contributor Parent Protect
Contributor Parent Saver
Takaful Saver
Ihsan

Pelepasan Cukai

Sehingga RM6,000 di bawah insurans hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 20537188 atau customer@prubsn.com.my.
  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.