Adakah saya layak di bawah Langkah-Langkah Interim BNM ini?
Langkah-langkah ini terpakai kepada pemegang sijil yang terjejas oleh semakan perubatan berkuat kuasa mulai 1 Oktober 2024. Pek pemberitahuan yang dikemas kini yang memperincikan caj sumbangan baru akan dikeluarkan. Ketahui lebih lanjut.

Pilih bahasa anda
close
asas360
Perlindungan

PruBSN Asas360

Penyelesaian holistik disesuaikan untuk setiap peringkat kehidupan yang menyediakan perlindungan perubatan, penyakit kritikal, kemalangan dan kewangan seawal peringkat pranatal sehingga umur 100 tahun.

Sebab untuk mempertimbangkan PruBSN Asas360

Dalam dunia yang sentiasa berubah dengan pantas hari ini, keperluan untuk melindungi diri anda daripada ketidaktentuan hidup haruslah diutamakan. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan perlindungan kewangan yang komprehensif untuk anda dan orang tersayang, demi menjamin masa depan yang stabil dan sejahtera.

PruBSN Asas360 adalah pelan takaful berkaitan pelaburan dengan sumbangan berkala yang fleksibel dan menawarkan pelbagai pilihan. Ia menyediakan rangkaian perlindungan takaful yang menyeluruh melalui pelan asas dan rider pilihan, yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik anda.

Lindungi penjagaan kesihatan anda dengan Health360.

Utamakan kesihatan anda dengan pelan perubatan yang menawarkan pilihan fleksible termasuk termasuk bilik & penginapan yang boleh diubahsuai, Smart Value Point, dan pilihan bayaran bersama. Anda boleh memilih mana satu yang memenuhi keperluan anda.

Perlindungan Perubatan
TANPA Had Tahunan & TANPA Had Seumur Hidup

Dapatkan perlindungan perubatan komprehensif TANPA Had Tahunan & TANPA Had Seumur Hidup untuk rawatan pesakit dalam, pesakit luar, pembedahan, kecemasan, dan banyak lagi.

Perlindungan Anda, Terma Anda

     

Pilihan yang fleksibel untuk memenuhi keperluan unik dan bajet anda, termasuk bilik & penginapan yang boleh diubahsuai, Smart Value Point, dan pilihan bayaran bersama. Nikmati kebebasan untuk menyesuaikan pelan mengikut perubahan keperluan anda, dalam memastikan anda sentiasa mendapat perlindungan perubatan yang terbaik.

Lindungi Tahun Keemasan Anda dengan Pilihan Health Retirement

Untuk ketenangan fikiran semasa Tahun Keemasan anda, lindungi dana perubatan  anda dengan pilihan Health Retirement kami yang secara automatik menukar bayaran bersama High Deductible anda kepada Deductible RM1,000, TANPA memerlukan pengunderaitan perubatan baru.

Maklumat produk

Terma Perlindungan dan Pembayaran

 

Tempoh Sumbangan

Sehingga umur 100 tahun

Umur Kelayakan

Pranatal/Kanak-kanak : 13 minggu dalam kandungan sehingga 18 tahun

Dewasa : 19 sehingga 70 tahun

Tamat Tempoh Perlindungan

Sehingga umur 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM25,000

Ciri-ciri

PERLINDUNGAN SEUMUR HIDUP
Manfaat daripada perlindungan yang dilanjutkan sehingga umur 100 tahun, lengkap dengan ciri pelanjutan automatik untuk memastikan perlindungan sepanjang hayat.

PENYELESAIAN KOMPREHENSIF
Capai perlindungan yang anda inginkan sambil memaksimumkan pelaburan anda dengan potensi pulangan terbalik, semuanya dalam satu pelan bersepadu.

GANJARAN BONUS KASIH
Terima bonus tunai bersamaan dengan 1% daripada Jumlah Perlindungan Asas anda setiap 10 tahun sehingga umur tamat tempoh yang dipilih, yang akan dilaburkan ke dalam dana berkaitan pelaburan anda.

PELAN PERUBATAN TANPA HAD
Nikmati ketenangan fikiran dengan rider Health360 menawarkan perlindungan untuk kemasukan ke hospital dan kos rawatan pesakit luar tanpa sebarang had tahunan atau seumur hidup.

Manfaat

Manfaat Kematian

Sekiranya berlaku kematian orang yang dilindungi sebelum tamat tempoh, manfaat berikut akan dibayar:

  • Jumlah Perlindungan Asas; dan
  • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).


Sekiranya berlaku kematian bayi dalam kandungan dan sehingga 30 hari daripada kelahiran anak anda, manfaat berikut akan dibayar:

  • Sumbangan Perlindungan Tahunan, dan
  • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh (TPD)

Jumlah perlindungan akan dibayar sekiranya berlaku TPD sebelum tarikh ulang tahun sijil apabila orang yang dilindungi berumur 70 tahun.

Sekiranya anak anda mengalami TPD pada bila-bila masa dalam tempoh 30 hari pertama daripada kelahiran, manfaat berikut akan dibayar:

  • Sumbangan Perlindungan Tahunan, dan
  • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA)
Pelepasan Cukai

Untuk PruBSN Asas360, anda boleh menuntut pelepasan cukai insurans yang berkaitan, tertakluk pada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 20537188 atau customer@prubsn.com.my.
  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Memahami rider

Apa itu rider?

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.

Bagaimana kami boleh menyokong anda?

Semua yang bertanda * wajib diisi

Sila isikan butiran anda di bawah dan wakil khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda.
(Nantikan panggilan kami daripada 03-2775 7188 dalam masa 24 jam hari bekerja)
*Semua bidang wajib diisi

*Saya/Kami telah membaca, memahami dan memberikan persetujuan saya/kami untuk Prudential BSN Takaful Berhad mengumpulkan, menggunakan dan mendedahkan maklumat peribadi saya/kami selaras dengan Polisi Privasi yang disediakan.

Prudential