Inilah masanya untuk mengemas kini butiran kad pembayaran anda
Sekiranya anda baru memperbaharui kad debit anda, sila kemas kini untuk memastikan anda dan orang tersayang anda dilindungi oleh sijil takaful secara berterusan

Pilih bahasa anda
close
Happy Muslim family with parents and son
Perlindungan

PruBSN Sinar

Penyelesaian menyeluruh untuk memenuhi keperluan perlindungan kewangan anda yang termasuk kematian dan hilang upaya kekal dan menyeluruh, penyakit kritikal tahap awal hingga tahap akhir seperti kanser, serangan jantung atau strok, kos perubatan dan kemasukan ke hospital, kemalangan peribadi serta banyak lagi.

Sebab-sebab untuk mempertimbangkan PruBSN Sinar

Kehidupan tidak selalu senang dan lenang. Kejadian yang tidak dijangka seperti kemalangan, penyakit kritikal atau kehilangan nyawa boleh menyebabkan anda dan orang tersayang anda mengalami kesusahan kewangan dan emosi jika anda tidak bersedia.

PruBSN Sinar menawarkan sinar harapan pada masa yang diperlukan. Pelan perlindungan komprehensif ini terdiri daripada PruBSN AnugerahPlus, pelan takaful sumbangan berkala patuh Syariah yang disertakan dengan Crisis TotalCare serta rider lain dan manfaat tambahan, memberikan anda (pemegang sijil) fleksibiliti untuk mengubahsuai perlindungan anda mengikut keperluan dan bajet anda.

Jangan biarkan keselamatan kewangan anda dalam keadaan keraguan. Lindungi diri anda dan orang tersayang daripada penyakit kritikal dan kemalangan dengan mendapatkan perlindungan pendapatan yang anda semua perlukan untuk tenangkan fikiran. 

Perlindungan untuk penyakit kritikal dan kemasukan hospital.  

Anda mempunyai pilihan untuk mengubah suai  pelan anda bagi melindungi diri anda dari penyakit seperti  dan kos perubatan yang tinggi.

 

 

 

 Crisis TotalCare

Menyediakan perlindungan penyakit kritikal yang menyeluruh dari tahap awal hingga tahap akhir, termasuk keadaan istimewa seperti keadaan berkaitan diabetik, keadaan kesihatan mental serta manfaat nilai tambah unik yang lain.

Medic TotalCare

Menyediakan perlindungan hospital dan rawatan perubatan yang menyeluruh untuk menjaga keperluan kesihatan anda termasuk rawatan perubatan teknologi maju dan rawatan kesihatan mental, selain pelbagai manfaat rawatan pesakit luar dan manfaat tambah nilai yang lain.

Maklumat produk

Tempoh Perlindungan dan Pembayaran

Tempoh Sumbangan

Sepanjang tempoh perlindungan

Umur Kelayakan

1 hingga 70 tahun (umur pada hari jadi akan datang)

Nota: Untuk umur tamat tempoh pada 70 tahun, umur kemasukan maksimum adalah 60 tahun pada hari jadi akan datang.

Tamat Tempoh Perlindungan

Sehingga 100 tahun

Jumlah Perlindungan Minimum

RM10,000

Ciri-ciri

Boleh Diubah Suai
Tambahkan rider-rider pilihan anda yang dapat memenuhi keperluan anda untuk perlindungan yang lebih menyeluruh. 

Perlindungan Penyakit Kritikal Menyeluruh
Melindungi senarai penyakit kritikal menyeluruh yang luas daripada tahap awal hingga akhir.

Perlindungan Kemalangan
Menyediakan manfaat kemalangan sekiranya berlaku kematian, hilang upaya dan kemasukan ke hospital akibat kemalangan.

Manfaat-manfaat

Manfaat Matang

Baki dari Akaun Khas Individu (ISA).

Manfaat Kematian

Mana-mana yang lebih tinggi antara yang berikut:

  • Jumlah Perlindungan Asas; atau

  • Jumlah amaun di dalam Akaun Khas Individu (ISA); ditambah dengan nilai unit di dalam Akaun Unit Pelaburan (IUA), jika ada.

Manfaat Hilang Upaya Kekal & Menyeluruh

Jumlah Risiko.

Nota: Amaun di mana jumlah perlindungan asas melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda. Sekiranya tiada lebihan daripada jumlah perlindungan yang melebihi baki Akaun Khas Individu (ISA) anda, jumlah risiko adalah sifar. Perlindungan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (Total and Permanent Disability, TPD) adalah sehingga umur 70 tahun dan tertakluk pada jumlah maksimum RM4 juta bagi setiap orang yang dilindungi.

Manfaat Tambahan

Accidental Protector Plus
Accidental Medical Protector
Parent Term
Crisis Shield
Crisis Protector
Crisis TotalCare
Cancer Protector
Medic Protector
Medic TotalCare
Income Protector
Contributor Protect
Contributor Saver
Contributor Spouse Protect
Contributor Spouse Saver
Contributor Parent Protect
Contributor Parent Saver
Takaful Saver
Ihsan

 Crisis TotalCare

Direka untuk membantu anda memberi tumpuan kepada pemulihan, Crisis TotalCare menyediakan perlindungan penyakit kritikal menyeluruh dan menyeluruh dari peringkat awal hingga akhir, dengan perlindungan sehingga 166 jenis penyakit kritikal.

Rider takaful patuh Syariah ini menyediakan pembayaran sekaligus apabila didiagnosis salah satu keadaan penyakit kritikal yang dilindungi. Ia juga menawarkan manfaat nilai tambah unik yang lain, seperti liputan untuk keadaan khas yang berkaitan dengan diabetes dan kesihatan mental.

Pelepasan Cukai

Sehingga RM6,000 di bawah insurans hayat dan KWSP, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Nota Penting
  • Butiran di atas hanyalah penjelasan ringkas mengenai rider kami. Untuk maklumat lengkap mengenai terma dan syarat, sila rujuk Dokumen Sijil, ejen yang berkhidmat untuk anda atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami di +603 2053 7188 atau customer@prubsn.com.my.

  • Umur merujuk kepada Umur pada Tarikh Lahir Akan Datang.

Memahami rider

Apa itu rider

Rider merupakan manfaat tambahan kepada pelan asas takaful anda. Tambahan rider kepada pelan asas anda memberikan anda pilihan seperti perlindungan tambahan agar anda boleh mengubah suai pelan anda berdasarkan keperluan anda.